View: 3683|Reply: 18
|
Aprena Manrose risau pulak dah....
[Copy link]
|
|
'Risau iman turun naik'
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-11-04_at_3.18.35_PM_1636016423.jpg)
KUALA LUMPUR: Penghijrahannya bukan secara mendadak, diatur secara perlahan-lahan, namun, akhirnya pelakon Aprena Manrose, 28, dijentik pintu hati untuk berubah sepenuhnya.
Awalnya, niat anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menyarung hijab pada Ramadan lalu bagi membiasakan diri, sebelum benar-benar berhijab sempurna.
Namun, siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri hingga tidak mahu menanggalkannya.
Sungguhpun begitu, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya. Hingga kini, Aprena masih mengunci mulut biarpun semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagram (IG).
Secara jujurnya, Aprena berkata, dia kurang selesa apabila diajak berbicara mengenai penghijrahannya. Sebaliknya, mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak.
"Jika boleh, saya tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai perubahan imej. Biarlah orang nampak dan nilai, asalkan bukan datang daripada mulut saya.
"Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati, sedangkan saya sibuk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.
"Lagipun, saya hanya manusia biasa, masih belajar dan berubah secara perlahan-lahan. Saya risau iman turun naik, jadi lebih baik tidak berbicara secara terbuka.
"Biarlah perjalanan penghijrahan ini nampak perlahan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya kepada BH Online.
Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu. Ia berkat doa bapa dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-11-04_at_3.20.59_PM_1636016418.jpg)
Aprena mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu, berkat doa suami, Mohd Afiq. - Foto IG Aprena Manrose
Katanya, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan pergolakan yang berlaku di Palestin antara pendorong yang menyebabkan hatinya ingin belajar berhijab.
"Secara kebetulan, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ramadan lalu. Oleh kerana tidak terikat dengan penggambaran, saya mengambil peluang belajar berhijab.
"Sepanjang sebulan, saya akan berhijab jika hendak ke mana-mana. Pada Syawal, saya rasa lain macam apabila tidak bertudung ketika mengambil gambar bersama suami dan keluarga.
"Jadi, saya menyarungkan tudung ketika bergambar. Namun, saya masih terikat dengan beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum berhijab.
"Nak atau tak nak, saya kena tepati perjanjian yang dipersetujui lebih awal," kata Aprena.
Namun, katanya, dia tidak menyangka hasrat berhijab dalam drama yang dipersetujui awal tidak ditolak syarikat produksi.
"Allah permudahkan perjalanan saya berhijrah. Setakat ini, apabila saya beritahu mahu memakai tudung ketika penggambaran, tidak siapa membantah.
"Saya percaya apabila ada niat mahu berubah, Allah jentik perasaan insan di sekeliling saya.
"Semua ini juga berkat sokongan ayah dan suami yang tidak putus-putus berdoa agar saya terbuka hati berhijab. Jadi, perasaan saya makin kuat mahu berubah," katanya.
Lima tahun bergelar isteri, namun belum dikurniakan zuriat, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akui, sudah penat menjawab persoalan mengenainya.
Bagaimanapun, Aprena tidak sesekali melenting, biarpun hatinya sedikit terguris.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2021-11-04_at_3.21.10_PM_1636016414.jpg)
Aprena bersama bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut, Iwan. - Foto IG Aprena Manrose
Bukan tidak mencuba, Aprena pernah mendedahkan menjalani rawatan kesuburan pada Jun lalu. Namun, buat masa ini, belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai proses rawatannya.
"Saya ada menjalani rawatan kesuburan ketika PPN ketika kerja penggambaran dihentikan. Jadi, saya mengambil peluang untuk menjalani rawatan.
"Allah juga menyusun cantik perjalanan hidup saya. Sebaik pelaksanaan PPN berakhir, rawatan itu juga selesai, jadi saya boleh kembali bekerja.
"Tetapi, saya belum bersedia bercerita secara terperinci. Insya-Allah, saya akan berkongsi apabila tiba masa yang sesuai," katanya.
Mengulas kejayaan membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Aprena terkejut dan tidak menyangka selepas lapan tahun inilah kali pertama berjaya membolosi peringkat finalis.
Namun, katanya, dia tidak meletakkan harapan tinggi berikutan melihat calon lain di kalangan pelakon hebat.
"Saya bersyukur apabila mendapat tahu nama saya berada kelompok Top 5. Ini kali pertama nama saya bolos sebagai finalis selepas lapan tahun menanti.
"Ini adalah penghargaan besar daripada peminat. Saya berterima kasih kepada peminat yang mengundi saya.
"Tetapi, saya hanya mampu menyerahkan kemenangan kepada rezeki," katanya yang bersaing dengan Sherry Alhadad, Janna Nick, Nelydia Senrose dan Zahirah MacWilson.
Aprena membolosi kelompok Top 5, ABPBH 34 menerusi filem Jodoh Syaitan bergandingan dengan Soffi Jikan, Allahyarham Abam Bocey, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi dan Jay Izwazir.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... sau-iman-turun-naik
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untung 5000 ke bawah terus dah takmo bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...
Ht hitam aku ckp bakalan ikut jejak langkah |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...
Jangan ikut perangai kakak heshe janda mabuk todi tu sudahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-11-2021 05:50 PM
Alhamdulilah semoga boleh istiqomah... Jangan jadi macam sedara ujung2 bisnes tudung tak laku, untun ...
Mcm bakal uturn jah sbb muda lg 28 baru. Knowing retis2 ni kan.... klau open balik, hint rumahtangga nk runtuh lettew |
|
|
|
|
|
|
|
makin cantik aprena sejak bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
Agak menjadi yachhh dna abe iwan |
|
|
|
|
|
|
|
"Iman Turun Naik, Tak Nak Cakap Tentang Pakai Tudung,"-Aprena Manrose
Penghijrahannya bukan secara mendadak, diatur secara perlahan-lahan, namun, akhirnya pelakon Aprena Manrose, 28, dijentik pintu hati untuk berubah sepenuhnya.
Awalnya, niat anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menyarung hijab pada Ramadan lalu bagi membiasakan diri, sebelum benar-benar berhijab sempurna.
Namun, siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri hingga tidak mahu menanggalkannya.
Foto: IG
Sungguhpun begitu, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya. Hingga kini, Aprena masih mengunci mulut biarpun semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagram (IG).
Secara jujurnya, Aprena berkata, dia kurang selesa apabila diajak berbicara mengenai penghijrahannya. Sebaliknya, mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak.
"Jika boleh, saya tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai perubahan imej. Biarlah orang nampak dan nilai, asalkan bukan datang daripada mulut saya.
"Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati, sedangkan saya sibuk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.
"Lagipun, saya hanya manusia biasa, masih belajar dan berubah secara perlahan-lahan. Saya risau iman turun naik, jadi lebih baik tidak berbicara secara terbuka.
"Biarlah perjalanan penghijrahan ini nampak perlahan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya kepada BH Online.
Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu. Ia berkat doa bapa dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.
Katanya, situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan pergolakan yang berlaku di Palestin antara pendorong yang menyebabkan hatinya ingin belajar berhijab.
"Secara kebetulan, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ramadan lalu. Oleh kerana tidak terikat dengan penggambaran, saya mengambil peluang belajar berhijab.
"Sepanjang sebulan, saya akan berhijab jika hendak ke mana-mana. Pada Syawal, saya rasa lain macam apabila tidak bertudung ketika mengambil gambar bersama suami dan keluarga.
"Jadi, saya menyarungkan tudung ketika bergambar. Namun, saya masih terikat dengan beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum berhijab.
"Nak atau tak nak, saya kena tepati perjanjian yang dipersetujui lebih awal," kata Aprena.
Namun, katanya, dia tidak menyangka hasrat berhijab dalam drama yang dipersetujui awal tidak ditolak syarikat produksi.
"Allah permudahkan perjalanan saya berhijrah. Setakat ini, apabila saya beritahu mahu memakai tudung ketika penggambaran, tidak siapa membantah.
"Saya percaya apabila ada niat mahu berubah, Allah jentik perasaan insan di sekeliling saya.
"Semua ini juga berkat sokongan ayah dan suami yang tidak putus-putus berdoa agar saya terbuka hati berhijab. Jadi, perasaan saya makin kuat mahu berubah," katanya.
Lima tahun bergelar isteri, namun belum dikurniakan zuriat, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akui, sudah penat menjawab persoalan mengenainya.
Bagaimanapun, Aprena tidak sesekali melenting, biarpun hatinya sedikit terguris.
Bukan tidak mencuba, Aprena pernah mendedahkan menjalani rawatan kesuburan pada Jun lalu. Namun, buat masa ini, belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai proses rawatannya.
"Saya ada menjalani rawatan kesuburan ketika PPN ketika kerja penggambaran dihentikan. Jadi, saya mengambil peluang untuk menjalani rawatan.
"Allah juga menyusun cantik perjalanan hidup saya. Sebaik pelaksanaan PPN berakhir, rawatan itu juga selesai, jadi saya boleh kembali bekerja.
"Tetapi, saya belum bersedia bercerita secara terperinci. Insya-Allah, saya akan berkongsi apabila tiba masa yang sesuai," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai je laa tudung.. Kang tetiba mati kang jenuh lak yang hidup ni kena sound suruh tutup aurat ko takut dosa mengalir je.. Padahal masa hidup macam laa tak pernah belajar kelas agama kekdahnya artis2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dia ni.. cantik, berlakon pun ok |
|
|
|
|
|
|
|
cermin rumah dia tu beli kt ikea atau shopee? lawa pula tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 5-11-2021 03:23 PM
Agak menjadi yachhh dna abe iwan
Muka ikut maknya kot..rosnah madnor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lawa in real..pernah 2 3x dah jumpa..kecik molek je org nya
Petite.Skrg nampak dah chubby sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
sheol tak masuk kategori cantik jelita..tapi lawa tak jemu dipandang..haaa paham tak |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semoga kekal istiqomah. Meols suka tengok dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga istiqamah aprena. cantek bila bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah sudah lah wartawan nak hitelite org Islam dari free hair pastu pakai tudung... Certain tu pakai tudung tapi bukan tutup aurat
Boleh tak jadikan benda benda ni common je kt msia. Mcm menda yg biasa je. Pakai tudung ke free hair ke lantak kan je. If I non muslim I wonder jgk kenapa Islam ni penting kan sgt pakai tudung tp benda lain x jaga. I mean, pakai tudung baju ketat, pakai tudung tp lengan pendek...kiranya wanita Islam tu wajib ya hanya tutup rambut sahaja ke.. Sudah sudah lah nak hitelite pasal tudung. Bosan |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe faham ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|