CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 2

223 Individu Buat Laporan Polis Tolak Vaksin

[Copy link]
Post time 10-11-2021 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Polis Perak menerima sebanyak 223 laporan daripada individu bagi menyatakan hak mereka menolak menerima suntikan vaksin Covid-19.


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan itu diterima daripada mereka yang turut tidak berpuas hati dengan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan.


"Laporan yang diterima mewakili diri dan keluarga mereka. Antara sebab mereka tidak mahu divaksin kerana tidak yakin dengan vaksin itu sendiri selain menyatakan itu sebagai hak mereka.




Gambar hiasan




"Mereka juga tidak berpuas hati kerana ada sekatan tertentu dikenakan ke atas mereka seperti merentas negeri serta tidak boleh memasuki premis serta restoran," katanya kepada pemberita di Majlis Meraikan Persaraan 105 pegawai, anggota dan kakitangan awam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Taiping, Kerian, Pengkalan Hulu, Gerik, Selama dan Sungai Siput di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar pada Rabu.


Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Datuk Seri Wan Mohd Fathir Wan Hussain.


Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata, hampir 100 peratus pegawai dan anggota polis telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.


"erak (polis) boleh dikatakan 100 peratus malah, ramai dalam kalangan kami yang sudah mendapat suntikan dos penggalak," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2021 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada harapan cerah untuk........


















Dibakul sampahkhen...

Kahkagkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 08:34 PM | Show all posts
Ui awat ni org perak oi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059425 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list