CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 4

Belum Ada Aduan Cacing Helikopter Dalam Pisang - Jabatan Pertanian Malaysia

[Copy link]
Post time 11-11-2021 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Pertanian Malaysia menafikan rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing helikopter atau helicobacter dalam pisang.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan berkata, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain diragui.








“Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau turut menjelaskan bahawa helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan dari kumpulan serangga atau ulat seperti dilaporkan dalam video berdurasi satu minit 29 saat itu.


Berdasarkan rekod luar negara, rakaman yang tular itu juga didapati berasal dari sumber tidak sahih kerana adalah tidak normal untuk cacing menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang.


Ia turut diakui Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menerusi ciapan di akaun sosial rasmi Twitter agensi itu pada 1 November lalu.


“Justeru, memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu untuk melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video itu,” jelas Zahimi.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 02:57 PM | Show all posts




(look well at this before eating)
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 08:48 AM | Show all posts
makan pisang kaling....tiada cacing
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 12:50 PM | Show all posts
musangbodoh:   SBuW8iwRLoc (look well at this before eating)


Kogheh semacam je cacing tu.. x gerak2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tipu jaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.195297 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list