CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1621|Reply: 3

Dapat Lori Hino Sebagai Mas Kahwin

[Copy link]
Post time 16-11-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengantin perempuan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima mas kahwin berupa sebuah lori jenama Hino  berharga 1 bilion rupiah (RM292,997), lapor laman berita Merdeka semalam.


Menerusi sebuah klip video yang tular di media sosial, pasangan pengantin baharu itu dilihat duduk di kabin lori tersebut dengan memakai pakaian pengantin sambil melambai tangan.


Lori itu turut dihias dengan reben dan belon pada bahagian depan sebagai tanda hadiah.




Lori Hino ini berharga berharga 1 bilion rupiah (RM292,997). – Instagram





“Berapa nilai mas kahwin anda? Seorang pengantin wanita menerima mas kahwin berupa sebuah kenderaan pengangkutan daripada suaminya,” kata keterangan pada video tersebut.


Video itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum melihatkan jenis mas kahwin tersebut beserta harganya yang mahal.


“Dahsyat sekali mas kahwin berharga 1 bilion rupiah (RM292,997),” kata seorang netizen.


“Mungkin impian wanita itu adalah untuk memiliki sebuah lori,” kata seorang lagi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 10:59 AM | Show all posts
Benda bermanafaat boleh buat business transport hantar barang sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 09:49 AM | Show all posts
balik semula ke laki la kalau gitu.. kihkih pandai laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Malam pertama dalam lori ka mbak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.700342 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list