CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1698|Reply: 3

Jawatan Ketua Menteri Tergadai Kerana Cinta

[Copy link]
Post time 16-11-2021 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ketua Menteri New South Wales (NSW), Gladys Berejiklian membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan pada 1 Oktober lalu selepas badan pemerhati antirasuah di Australia melancarkan siasatan ke atasnya.


Ketika mengumumkan keputusan itu, Berejiklian, 51, memberitahu, beliau tiada pilihan lain selepas Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah (ICAC) membuka kertas siasatan sama ada wanita tersebut terlibat dalam kes 'pecah amanah awam' antara 2021 dan 2018 ketika menjalinkan hubungan secara rahsia dengan bekas ahli politik, Daryl Maguire.




Kredit foto: Al Jazeera




"Keputusan pengunduran ini dibuat di luar kawalan saya ketika NSW masih bergelut dengan pandemik Covid-19. Saya sayangkan kerja ini dan masih mahu berkhidmat untuk komuniti, namun saya terpaksa akur dengan tindakan ICAC," ujarnya.


Berejiklian turut menafikan beliau bertindak secara tidak wajar dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Menteri NSW ke-45 ketika mempunyai hubungan cinta dengan Maguire.


"Saya sentiasa bertindak mengikut tahap integriti paling tinggi. Sejarah akan membuktikan saya bercakap benar dan rela melepaskan jawatan ini demi untuk manfaat komuniti di NSW," tegasnya lagi sambil menambah beliau enggan menjadi 'penghalang' kepada usaha pemerintah untuk membawa NSW keluar daripada lockdown yang dilaksanakan selama tiga bulan.


Menurutnya, beliau tidak dapat meramalkan tempoh sebenar siasatan itu akan selesai setelah wanita tersebut dipanggil buat pertama kali untuk memberi keterangan kira-kira 12 bulan lalu.


Beberapa hari selepas pengundurannya, pemimpin Parti Liberal, Dominic Perrottet, 39, dilantik sebagai pengganti Berejiklian.


"Beliau sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan komuniti di NSW. Berejiklian menunjukkan dedikasi yang tidak terhingga kepada perkhidmatan awam dan seluruh masyarakat," kata Ketua Menteri ke-46 negeri berpopulasi paling padat di Sydney itu.


Pendengaran kes selama 11 hari yang bermula pada 18 Oktober lalu bertujuan untuk menyiasat sama ada Berejiklian melakukan sebarang salah laku tidak jujur ketika melaksanakan tugas rasminya.


Ketika tampil untuk memberi keterangan bersama ICAC yang berakhir pada awal bulan lalu, wanita tersebut berulang kali menafikan tuduhan salah laku tersebut.


"Setiap keputusan yang dibuat oleh saya adalah untuk kepentingan komuniti. Sekarang saya mahu meneruskan kehidupan saya," ujarnya yang kini menjalinkan hubungan cinta baharu bersama peguam, Arthur Moses yang turut mewakili beliau ketika pendengaran kes rasuah melibatkan Maguire.


Pada Oktober tahun lalu, Maguire mengaku menggunakan status beliau sebagai ahli politik untuk kepentingan dirinya hingga menyebabkan siasatan itu diperluaskan dan kini menyasarkan bekas kekasihnya, Berejiklian.


Difahamkan, hubungan kedua-duanya berakhir selepas Maguire dinamakan sebagai individu berkepentingan oleh ICAC pada 2019 setelah siasatan rasuah dilancarkan ke atasnya.


Beberapa dokumen menunjukkan Berejiklian didakwa mengambil kepentingan tertentu dalam geran untuk diberikan kepada Maguire bagi melaksanakan projek di Wagga Wagga ketika beliau berkhidmat sebagai ahli Parlimen di bandar itu pada 1999 hingga 2018.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus depa ni. Kalau ada terpalit scandal, lekas2 letak jawatan - sbb taklayak jadi gov servant.
Kalau menteri2 kita, kau palit lah mcm2 scandal, hatta taik sekali pon kau palit kat muka derang, maintainnnnnn je position. TAKTAU MALU!
Yealah, kalau resign, fulussss potongggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 10:23 PM | Show all posts
Kalau ada sesiapa yang pernah hairan kenapa negara maju ni maju, inilah sebabnya.

As a leader you are expected to be absolutely clean and nothing less. Bau2 kentut pun tak boleh.



Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-11-2021 10:23 PM
Kalau ada sesiapa yang pernah hairan kenapa negara maju ni maju, inilah sebabnya.

As a leader you a ...

Dkt malaysia guna istilah dia tu baik. Selalu belanja.

Senag sgt kena beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 1.657747 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list