View: 1947|Reply: 5
|
Kereta dinaiki Nike Ardilla ketika kemalangan masih disimpan peminat setianya
[Copy link]
|
|
Kereta dinaiki Nike Ardilla ketika kemalangan masih disimpan peminat setianya

KERETA jenis Honda Civic Genio yang digunakan Nike ketika maut dalam kemalangan 28 tahun lalu. FOTO AGENSI
Jakarta: Walaupun sudah 28 tahun meninggal dunia, namun satu-satunya kenangan 'harta' ditinggalkan Allahyarham penyanyi, Nike Ardilla iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.
Pengurus kelab peminat Nike Ardilla, Emma Amrin berkata, hingga kini kereta yang dinaiki penyanyi lagu Ku Tak Akan Bersuara itu ketika terbabit dalam kemalangan pada 19 Mac 1995 hingga menyebabkan kematiannya masih tersimpan rapi.
"Kalau tidak silap saya, Lia membeli kereta itu secara lelong dengan harga Rp100 juta (RM29,285). Itu dulu," katanya.
Emma berkata, ketika ini keadaan kereta itu tidak baik kerana terdapat bahagian yang rosak selain tidak boleh bergerak.
"Beginilah bentuk kereta itu sekarang. Mungkin tidak dalam keadaan baik kerana ada bahagian yang rosak. Namun, keadaan luaran kereta ini masih asli seperti dulu. Hanya pintu saja yang diganti kerana dulu pintu asalnya rosak teruk. Malah, cat kereta juga tidak ditukar dan masih kekal yang asli," katanya.
Mengulas mengenai pembeli baharu yang berminat, Emma berkata, ramai yang ingin membeli kereta itu tetapi keputusan menjualnya terletak pada Lia.
"Memang ada ramai yang nak beli kereta ini, tapi terpulanglah kepada Lia untuk menjualnya atau tidak. Dia pernah bergurau dengan saya bahawa dia akan menjual kereta itu jika ada pembeli menawarkan harga Rp10 bilion (RM2.9 juta)," katanya.
Menurut Emma, dia tahu Lia tidak serius untuk menjual kereta itu dan yakin wanita itu akan terus menyimpan kereta milik Allahyarham itu sebagai koleksi peribadinya yang bermakna.
Nike meninggal dunia ketika berusia 19 tahun selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya bertembung dengan kereta lain di Bandung.
Nike meninggal dunia ketika namanya di puncak populariti dan cukup dikenali di Indonesia dan Malaysia.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... an-peminat-setianya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pintu kereta dia yang remuk masa eksiden, siap ada lagi kat muzium.... |
|
|
|
|
|
|
|
lia x tau ke pintu asal kt muzium?? |
|
|
|
|
|
|
|
napa dia tak repair sampai boleh jalan?
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat aritu ada budak perempuan yg muka iras2 nike ni pegi jumpa mak arwah. sebak aku tgk video tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|