View: 3553|Reply: 20
|
[Dunia]
Lokasi MH370 akhirnya ditemukan?
[Copy link]
|
|
Sebagaimana dilaporkan beberapa media antarabangsa, Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
SHAH ALAM: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.
Memetik laporan BBC, Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
Dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia, Richard dilaporkan telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasatnya.
“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.
Richard menggunakan sistem penjejakan baharu yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) dan menggabungkan teknologi baharu dengan data sistem komunikasi satelit dari pesawat.
Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gbam replied at 5-12-2021 10:28 PM
salah tu
kat sini mh370
https://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/08/misteri-pesawat-mh370.html
boleh caya ke blog tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bca blog tu dn percaya ini semua konspirashit |
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi pergi la tuju spot tu untuk buktikan kebenaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
gbam replied at 5-12-2021 10:28 PM
salah tu
kat sini mh370
https://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/08/misteri-pesawat-mh370.html
mmg convincing jugak bukti2 yg ditunjukkan kat tempat mh17 jatuh tapi ape tujuan dorang culik penumpang palsukan mayat/passport dan pesawat? kenapa tak jatuhkan yg sebenar je? pastu mayat bergelimpangan tu tak buat pengecaman pulak mayat sape? passports yg expired tu sume tak check pemilik? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko tunjuk dulu bukti baru sembang |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumpa betul2 barulah cakap dah jumpa... ni balik2 sama cas je tapi baru nak cari. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi bukan btl2 x pyh cakap byk |
|
|
|
|
|
|
|
sia-sia aja malaysia ada pejabat risikan, tetapi tak membantu, rakyat marhaen jugak yg kena buat research. |
|
|
|
|
|
|
|
benci aku baca tajuk lps tu isi sampah! |
|
|
|
|
|
|
|
sembang kencang....u langsi u mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
KLu yer pun, kenapa la kepala hotak aku terfikir yg mamat ni adalah seorang yang diupah untuk merungkai kehilangan pesawat ni ala2 conspiracy theory agitcheww.. sebab dah lama sangatkan maybe dengan terjumpanya pesawat yang telah sekian lama menjadi misteri takde la yang mintak di buka semula siasatan.. teruk benaw kepala hotak aku berfikir... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 6-12-2021 11:36 AM
Alhamdulillah ....satu perkembangan yg baik kalau benar, a good closure to the families , although a bit sad hard to swallow news in a way.dia macam hmm..okay they found it gitu, kesian insan insan tersayang kan.semoga mendapat keadilan sewajarnay di akhirat kelak, apa jadi ye , geram i tau...at least MH17 tu kekejaman Ukrane rebellions tu kita tahulah. Ni MH 370 tibers je hilang , then cari cari selama ni pun tak dapat. Kalau news sebegini harap tak hoax lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Data dasar laut daripada projek scan lautan Hindi tu dapat kat sape..abis 100juta gak projek tu rasanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda dah lama berlalu ramai dah redha dah tak beria nak ambil tahu sangat lagi semua tumpu ke kes semasa je. Kalau ada yang masih ingin tahun mungkin dikalangan keluarga mangsa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Slah sorang mangsa adalh saudara terdekat crush of mine time sek |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 6-12-2021 03:07 PM
Slah sorang mangsa adalh saudara terdekat crush of mine time sek
Abis tu..Crush makdek mintak rujuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 6-12-2021 04:25 PM
Abis tu..Crush makdek mintak rujuk ke?
sampai sudah dia tk tau aku crush dia
Sama2 tukar sek..form 2 mase form 3
Cari no ayah dia kt yellow pages
Mmg jumpa rupanya dia dh masuk sek asrama
Jumpa semula 2010 kt fb
Mmg lain rupa dia...
Ada berurusan dgn dia ...kat luar
Tp perasaan tu tkde mcm kt crush time sek
Masing2 ade khdpn..
Dia laki bini pn berjaya dah..loving kapel
Dia rajin ngelike fb ku
|
|
|
|
|
|
|
| |
|