View: 10448|Reply: 28
|
Permaisuri Selangor Tampak Anggun Pakai Kebaya Klasik
[Copy link]
|
|
Cantiknya! Rakyat Puji Permaisuri Selangor Tampak Anggun Pakai Kebaya Klasik
Persalinan kebaya yang digayakan Tengku Permaisuri Norashikin menggunakan seni telepuk yang unik
Kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin ,tampak menyerlah tatkala memakai persalinan kebaya klasik negeri Selangor.
Perkongsian beberapa foto Tengku Permaisuri Norashikin di akaun Instagram Selangor Royal Official baru-baru ini, menarik perhatian orang ramai.
Corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan Punya Maksud Tersendiri
Persalinan kebaya istimewa yang dipakai Tengku Permaisuri Norashikin ini menggunakan fabrik Tenun Pahang Diraja, yang dikurniakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Rekaan kebaya ini mendapat sentuhan unik Datuk Radzuan Radziwill sendiri, selain itu corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan yang ditelepuk dengan emas menjadi kunci tarikan utama busana yang digayakan Permaisuri Norashikin.
Difahamkan, corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan yang terdapat di bahagian bawah baju kebaya dan kain kebaya sebenarnya melambangkan sembilan daerah dan tanah jajahan dalam negeri Selangor.
“DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan memakai persalinan kebaya Negeri Selangor yang diperbuat daripada fabrik Tenun Pahang Diraja kurniaan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Persalinan yang direka oleh Datuk Radzuan Radziwill ini dipakai oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin semasa Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-75 pada 27 November 2021.
Istimewanya fabrik ini telah ditelepuk emas dengan corak Bunga Tanjong Pecah Sembilan sebagai simbolik kepada 9 daerah dan jajahan dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.”
Seni Telepuk, Seni Tradisional Khas Keluarga Diraja
Menurut perkongsian di Instagram Selangor Royal Official, seni kain telepuk yang digunakan pada kebaya yang digayakan Tengku Permaisuri Selangor ini dipercayai di bawa masuk oleh pedagang Bugis dari Sulawesi.
Dan seni kraf tradisional ini dipelihara dan dimiliki oleh pihak istana dan pemakaiannya dikhas untuk keluarga diraja atau golongan bangsawan sahaja.
“Untuk rekod seni tradisional menghias kain Telepuk ini dipercayai dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.
Ianya melibatkan proses menekap motif menggunakan cop ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun benang halus yang kemudiannya dilekapkan dengan kertas emas atau perada (serbuk emas atau perak).
Menurut sejarah, seni Telepuk dengan tata hias emas ini dimiliki dan dipelihara oleh pihak istana dan pemakaiannya dikhaskan untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan seperti di negara China, India, Jepun dan Indonesia.
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) kini sedang giat mengembangkan seni kain Telepuk untuk diteruskan oleh generasi akan datang sebagai antara usaha mengekalkan warisan kraf tradisional.”
Rakyat Puji Permaisuri Selangor Cantik Dan Anggun Pakai Persalinan Kebaya Klasik
Melihat perkongsian di Instagram rasmi kerabat diraja Selangor, membuatkan rakyat terpukau dengan kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor dalam menggayakan busana klasik tersebut dan memuji Tengku Permaisuri Norashikin tampak cantik dan anggun dalam persalinan diraja tersebut.
“Cantiknya”
“Cantik dan manis di pandang Tuanku ni”
“Masyaallah cantiknya Tuanku”
“Cantik anggun”
“SubhanaAllah cantiknya”
“Cantik Tuanku Permaisuri” komen mereka
“Masha’Allah cantik Permaisuri Selangor”
“Cantik dan anggun”
“Wow sangat cantik”
“MasyaAllah cantik Tuanku Permaisuri”
“Cantiknya Tengku Permaisuri Selangor ini” komen mereka lagi
Memang cantik Tengku Permaisuri Norashikin dengan persalinan kebaya klasik ini, tampak ayu dan manis!
Sumber:https://murai.my/2021/133427/can ... akai-kebaya-klasik/
|
|
|
|
|
|
|
|
TPS dah nampak aging. She 50 kan dis yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah. Nampak beshe2 je takde la wow gitu |
|
|
|
|
|
|
|
betul..biasa je dimataku.. mungkin sebab dia permaisuri, maka meratab sembah la rakyat jelata sekelian..
|
|
|
|
|
|
|
|
in my eyes la she is very elegant and much more classier compared to @azmee06 |
|
|
|
|
|
|
|
Indeed... terserlah flair as a queen even bukan berdarah raja. Elegant sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
I think the best queens in Malaysia are the selangor johor and perak. classy/cantik/tak ada controversy/intelligent/ tak ada #dengkike? etc they should teach the others macam mana nak carry themselves. Perlis pun not bad tapi tak cantik in my eyes. but behaviour tu bagus |
|
|
|
|
|
|
|
bape puluh ribu lee baju ni |
|
|
|
|
|
|
|
nampak dah tua kat raut wajah nya.............tua itu pasti |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah sesuai lah dengan usia
Idok ler dia gigih cucuk nak bagi nampak muda
Pakaian pun cantik
Jauh beza dengan fesyen dengkike yang taksub dengan rekaan sesorang perasan ahli syurga itewww
Sheols dan Tengku Zara bakal queen pilihan
#dengkike? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi permaisuri perak tu kalau bukan acara formal pada mata meols biasa-biasa jah, macam marhaen pun ye. tak nampak regal pun tapi iyelah baginda pun dulu memang asalnya macam kita-kita jugak, pernah bekerja makan gaji. ni contohlah
ni pulak permaisuri selangor
but then again mungkin sebab konsep keluarga diraja perak ni humble jadi takdelah kasi perhatian sangat pada penampilan ni. sultan perak tu kalau kasi ucapan selalu bahasakan diri dia saya je
|
|
|
|
|
|
|
|
You have a point Anne, but in my eyes la baju yang Sultanah Perak/Selangor pakai tu is classy, timeles and suits the place. i think macam kate middelton bila pergi grocery shopping ke, or dapat vax dia pakai jeans
By the way in the pic tang u share Zara looks aged kan. i have not seen her recent pics i jarang baca google pasal sultan/sultanah usually i baca pasal scandals sahaja
i may be bias tapi i rimas la tengok selendang @azmee06 it looks weird in my eyes
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik dan anggun
i pon suka yg perak.. ada class |
|
|
|
|
|
|
|
nirman replied at 9-2-2022 09:32 AM
You have a point Anne, but in my eyes la baju yang Sultanah Perak/Selangor pakai tu is classy, ti ...
Selendang itu bukan saja2 pakai kot. Nak hide the b***bs maybe. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik nampak klasik gitu |
|
|
|
|
|
|
|
got many ways to hide boobs la. in my eyes it looks ugly, is this the only design pondan kesayangan @azmee06 can do? pakai selendang chiffon? looks so ugly
|
|
|
|
|
|
|
|
she lebih nampak classy drpada si bff risalmon |
|
|
|
|
|
|
|
Perak and Selangor. Yes yes yes. Commoner yang ada class. |
|
|
|
|
|
|
| |
|