View: 751|Reply: 2
|
Nenek Mungkin Alami Tekanan Maut Terpelanting Dirempuh Kereta Api
[Copy link]
|
|
Seorang warga emas terpelanting sejauh 15 meter selepas dirempuh sebuah kereta api dalam kejadian yang berlaku di kampung Tangkil di wilayah Blitar.
Lapor Kompas, mangsa dikenali sebagai Suratin, 64, merupakan peniaga lontong di kawasan tersebut.
Kredit foto: Suara.com
Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung dan maut serta-merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Wlingi, AKP Mulyanto berkata, mangsa dirempuh kereta api Brawijaya yang dalam perjalanan menuju ke bandar Malang.
“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa sedang berjalan arah bertentangan pengangkutan itu sebelum dirempuh kereta api,” katanya.
Tambah Mulyanto, polis masih tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian itu merupakan kemalangan atau mempunyai unsur jenayah.
“Kami masih sedang menyiasat kes ini kerana ada kemungkinan mangsa mengalami tekanan,” ujarnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
byk makna tu....
Nenek, Mungkin Alami Tekanan Maut, Terpelanting Dirempuh Kereta Api
Nenek Mungkin Alami Tekanan Maut, Terpelanting Dirempuh Kereta Api
Nenek Mungkin Alami Tekanan, Maut Terpelanting Dirempuh Kereta Api
beza xde koma...p sekolah balik |
|
|
|
|
|
|
|
"ok bang. Abg pose tunjuk mayat tu ye", kata photografer kepada pulis |
|
|
|
|
|
|
| |
|