|
Carlos Marin (kanan sekali) bersama anggota Il Divo iaitu Sebastien Izambard (dari kiri), Urs Buhler dan David Miller.
London: Kumpulan Il Divo terpaksa akur menangguhkan konsert jelajah Krismas mereka selepas seorang anggotanya, Carlos Marín, 53, terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Marín yang kini dirawat di Pusat Perubatan Diraja Manchester di England sejak beberapa hari lalu, perlu diintubasi kerana keadaan kesihatannya dilaporkan semakin serius.
Dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu, peminat diminta mendoakan kesihatan Marin segera sembuh dan dia seterusnya kembali pulih serta sihat.
Terdahulu, pihak pengurusan kuartet lelaki klasikal itu mengesahkan keadaan Marín dalam satu hantaran di media sosial.
"Rakan kami, Carlos, berada di hospital. Kami berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh," tulis mereka.
Bagaimanapun, tiada pengesahan dibuat pihak pengurusan itu berkenaan penyakit sebenar yang dihidap Marin. Namun, mengikut laporan Daily Mail pernah mendedahkan penyanyi asal Sepanyol itu dijangkiti Covid-19.
Minggu lalu, Il Divo mengumumkan penangguhan konsert jelajah Krismas mereka ke Disember 2022 kerana masalah kesihatan dialami anggotanya.
Kumpulan itu sebelum ini turut menangguhkan tiga konsert di England yang sepatutnya berlangsung antara 7 Disember dan 9 Disember lalu.
Il Divo yang sudah menghasilkan 10 album sejak kemunculan mereka pada 2004, dianggotai Urs Buhler, 50, David Miller, 48 Sebastien Izambard, 48, dan Marin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|