Walaupun dalam keadaan hujan lebat dan musibah banjir besar ketika ini, namun ‘bisnes’ tetap perlu berjalan seperti biasa.
Tidak kira ribut mahupun taufan melanda, keuntungan dalam ‘berbisnes’ barang salah perlu diteruskan kerana permintaan tetap berjalan dari para pelanggan.
Tangkap layar dua lelaki sedang leka pungut daun ketum dalam air banjir tular di media sosial ketika ini.
Satu perkongsian di laman sosial ketika ini, kelihatan dua lelaki masih leka mengutip daun ketum dari pokok berkenaan walaupun dalam keadaan banjir di kawasan kediaman mereka.
Air banjir yang sedang meningkat sehingga takat dada dilihat bukan menjadi penghalang besar kepada mereka berdua yang terus ‘mengutip’ daun ketum.
Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial dan rata-rata menyifatkan dua lelaki tersebut tidak menghiraukan keadaan dan musibah yang sedang melanda negara ketika ini.
Sumber:K! ONLINE |