View: 1029|Reply: 2
|
Hulu Langat Tutup Jalan 2 Jam Sehari Untuk Angkut Sampah Banjir
[Copy link]
|
|
Beberapa jalan di sekitar Hulu Langat akan ditutup selama dua jam pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan sampah akibat banjir di kawasan perumahan serta bahu jalan.
Kredit foto: IG Amirudin
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan itu bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya.
“Pada peringkat awal, kita ingin melaksanakan penutupan itu selama dua hari sahaja namun bagi kawasan Hulu Langat kita melakukan penutupan setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad.
“Ini berikutan jumlah sukarelawan pada tiga hari berkenaan sangat ramai, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelasnya, kesesakan jalan di daerah itu adalah disebabkan oleh kehadiran sukarelawan yang ramai serta longgokan sampah yang terbiar lama di bahu jalan dan kawasan perumahan sehingga menyebabkan operasi kutipan sampah mengambil masa dan pihaknya terpaksa menambah jumlah hari bagi operasi pembersihan.
Tambah Amirudin, bagi daerah Klang, kerajaan negeri sedang meneliti kemungkinan melaksanakan perkara yang sama (penutupan jalan) di Padang Jawa, Seksyen 16 dan Taman Sri Muda, Seksyen 25.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian dan ia akan umumkan sekurang-kurangnya satu hari awal bagi memudahkan perancangan penduduk sekitar.
“Selain itu, setakat hari ini sebanyak 13,699.55 tan sampah pukal akibat banjir diangkut dengan membabitkan implikasi kewangan RM6.03juta,” katanya.
Sumber: K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah lagi cepat kerja2 permbersihan dilakukan lagi mudah menghidar berlakunya penularan penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada yang complain plak jalan tutup 2 jam
mohon bersabar demi kesejehteraan anda |
|
|
|
|
|
|
| |
|