Sumber TikTok Anieshashim
Jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka lelaki yang dulu adalah pelajarnya kini menjadi suaminya.
Dahulu, antara mereka hanya setakat guru dan murid, namun pertemuan semula pada majlis reunion mengubah hubungan itu dan akhirnya diijabkabulkan pada Disember lalu.
Sumber TikTok Anieshashim
Ditanya sama ada mereka mula bercinta sejak suaminya masih bersekolah, Nurhanis menjelaskan mereka hanya mulai rapat pada penghujung tahun 2020.
Suami Nurhanis kemudian menyatakan hasrat untuk menyunting dia sebagai isteri pada Jun 2021. Guru muzik berkenaan secara ringkas menceritakan kisah percintaan mereka menuju ke jenjang pelamin.
Sumber TikTok Anieshashim
"Semoga Allah memudahkan urusan perkahwinan kedua saya," katanya.
Semoga berbahagia hingga ke Jannah hendaknya! - CARI |