View: 1228|Reply: 9
|
Jururawat Koma Hampir 2 Bulan Akibat Covid-19 Pulih Lepas Diberi Viagra
[Copy link]
|
|
Wanita koma 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19 pulih selepas diberikan Viagra, lapor Mirror.co.uk.
Monica Almeida, 37, yang juga seorang jururawat diberi pil perangsang itu seminggu selepas disahkan koma.
Kredit foto: Mirror
Menurutnya, Viagra membantu membuka saluran pernafasan dan membolehkannya bernafas.
Jururawat pakar pernafasan itu kini sedang pulih di rumah selepas dibenarkan meninggalkan hospital pada 25 Disember lalu.
Ibu kepada dua anak itu berkata: “Sudah pasti Viagra membantu menyelamatkan saya. Dalam masa 48 jam, ia membuka saluran dalam paru-paru. Ubat itu berfungsi mengembangkan saluran darah’’.
Wanita yang menerima dua suntikan vaksin itu dijangkiti Covid-19 awal November lalu. Suaminya, Artur dan dua anak lelakinya turut disahkan positif.
Kira-kira seminggu kemudian, dia dibawa ke Hospital Daerah Lincoln kerana kesukaran bernafas. Pasukan perubatan memasukkannya ke ICU sebelum dia ditidurkan pada 16 November lalu.
Monica menandatangani dokumen yang mengatakan dia gembira berada dalam kajian untuk mencuba ubat eksperimen. Penggunaan Viagra menyebabkan keadaannya bertambah baik dan dia sedar pada 14 Disember lalu.
Monica, yang tinggal di Gainsborough, Lincs kini berazam untuk pulih sepenuhnya supaya boleh kembali bekerja.
Tambahnya, dia berhutang nyawa kepada kakitangan di Hospital Daerah Lincoln, tempat dia memulakan kerjaya kejururawatannya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
syukur la dah sembuh sis.. boleh jadi case study untuk rawatan covid, walaupun Viagra kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaaa ...viagra membuka saluran peenafasan.....semua saluran pun terbuka jugak ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi DC |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100: Uwaaa ...viagra membuka saluran peenafasan.....semua saluran pun terbuka jugak ke....
Dia takde saluran tambahan untuk dibuka |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa kan at future semua penyelesaian masalah perubatan mungkin macma ni .
jenis makan pil bukan utk dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bijik kelentit beliyau tegak keras berdiri |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki die sembuh kot |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah yang dipanggil inovasi |
|
|
|
|
|
|
|
zarulnazmi replied at 4-1-2022 11:10 AM
Dia takde saluran tambahan untuk dibuka
Saluran bawah...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|