View: 1145|Reply: 1
|
Irwansyah Jadi Mangsa Penipuan Adik Sampai Dapat Surat Pelepasan Hak
[Copy link]
|
|
Polis kini memburu adik kepada pelakon dan penyanyi Irwansyah iaitu Hafiz Fatur kerana disyaki menyeleweng wang.
Liputan 6 melaporkan, pelakon Irwansyah sendiri menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.
Kredit foto: TribunNews
Dokumen tersebut merupakan surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.
"Anak guam kami terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan. Dia terkejut bagaimana boleh dibilkan walaupun tidak pernah membuat pinjaman.
“Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 bilion," kata peguam mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.
Irwansyah dan isterinya terkejut, apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak sedangkan tidak pernah membuat sebarang pinjaman.
Kredit foto: Viva
Terkilan dengan perkara itu, Irwansyah akhirnya membuat laporan kepada pihak polis Polres Metro Jakarta Selatan pada 19 November lalu.
“Akhirnya pada November lalu, sebagai peguam, saya membuat laporan di Polis Jakarta Selatan berhubung pemalsuan surat.
“Sebab yang kami dapati adalah perjanjian kredit, surat pelepasan hak, kemudian ada surat penyata dengan tandatangan Zaskia dan Irwansyah. Tetapi Irwansyah tidak pernah berjumpa pihak bank,” katanya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adik beradik pun buat hal.. pasti ada sebab dia palsukan tt smua, kalau dia mintak kat abang mesti tak dapat... dasarrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|