|
Sebelum ini, Adibah Noor mendedahkan ada yang cuba mengorat dirinya.
Terbaru, peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu meluahkan rasa marahnya apabila akaun Instagram lamanya digodam individu tidak bertanggungjawab.
Kredit foto: IG Adibah
Justeru, dia mengingatkan orang ramai agar tidak lagi mengikuti akaun tersebut.
Kata Adibah atau nama lengkapnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 51, penggodam berkenaan kini mengambil kesempatan dengan meminta simpati menggunakan namanya.
Add Image Caption Here
Add Image Caption Here
Terdahulu pada Julai 2020, Adibah mendedahkan akaun Instagram asalnya digodam pihak tidak bertanggungjawab. Sejak itu, dia telah mencipta akaun baharu menggunakan nama @adibahnoormohdomar.
Sumber: K! ONLINE |
|