View: 1538|Reply: 16
|
“Tolonglah Jangan Kecam Kami, Bukan Kami Yang Buat"
[Copy link]
|
|
“Saya pemilik akaun (TikTok), mengenai video itu, saya cuma upload (muat naik) sahaja, saya tiada kena mengena dengan kemalangan itu”.
Demikian tegas seorang lelaki mengenai video tular yang mendakwa seorang lelaki mabuk selepas kenderaannya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan lelaki berkenaan yang meninggal dunia mengalami serangan jantung ketika kejadian berlaku.
Kredit foto: TikTok/Utusan
Lelaki dalam TikTok itu menambah, kereta yang kena langgar itu juga bukan keretanya dan suara wanita dalam video berkenaan juga bukanlah isterinya.
Di sisi lain, isterinya juga menegaskan bahawa individu dalam video yang mendakwa lelaki itu mabuk bukanlah dirinya dan suara itu juga bukan suaranya.
“Bukan kami punya video, cuma suami saya share (kongsi) sahaja video itu. Kami sudah membuat laporan polis dan bukan kami yang buat (video itu).
“Tolonglah jangan kecam kami, bukan kami yang buat. Kepada keluarga arwah, kami minta maaf banyak-banyak dan kami cuma share sahaja,” katanya.
Suaminya pula menambah, bukan dia sahaja yang share video itu tetapi ada ramai lagi.
“Cuma kami yang menjadi mangsa keadaan. Saya minta maaf atas segala kesulitan,” katanya.
Dalam pada itu, Shafa’aton berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terbabit kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh di sini kelmarin.
“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.
“Pada pukul 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya dalam kenyataan.
Tambah Shafa’aton, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
ngape share.. tak pasti jangan kongsi |
|
|
|
|
|
|
|
ngape share.. tak pasti jangan kongsi |
|
|
|
|
|
|
|
U upload u take responsibility. Account sendiri kan, takde sapa ACU pistol kat kepala suruh upload
Illiterate f*** |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 claim diri mangsa keadaan..padahal pengambil kesempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu jangan gigih nak jadi wartawan lokasi tak bertauliah dah viral sendiri jugak yang susah |
|
|
|
|
|
|
|
Awat gatal pi share, mentang2 takyah Minta izin |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang fitnah acik mamak ni sama je dengan akak yang tuduh arwah tu mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
Silap perkongsian lah. Jikalau itu seorang pemandu mabuk mesti anda di sanjung dengan kata kata ke agamaan didalam bahasa arab.
Tetapi sungguh malang tiada bahasa arab untuk anda! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga arwah.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah sibuk naw nk viral nk jadi org pertama yg post kt media sosial. Tak pasti jgn kongsi acik.. kan dh kena kecam.. |
|
|
|
|
|
|
|
X kan x leh dpt org yg buat video asal tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kau jadikan TikTok tu feeling kau mangsa..mmang dasar Tak sedar diri Tak faham kenapa org kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
itu yang betul
batak pujian terasa hebat dapat tangkap pemandu mabuk
satu malaya dapat tengok wajah pemandu mabuk katanya. cash lah acik pakej kepam
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh gile laki bini ni...dah confirm2 tujuan upload tu nak bagi orang kutuk driver lori tu...bajet2 tak bersalah pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|