Sumber Facebook Akmal Nizam Salleh
Angan-angan Akmal Nizam Salleh untuk memindahkan sebuah rumah kayu ke kebunnya tidak kesampaian apabila rumah yang dibelinya pada pertengahan 2021 hilang dicuri.
Menurut Akmal, pada 29 Disember lalu, dia membawa sekumpulan tukang rumah untuk membuka rumah berkenaan, namun terkejut apabila mendapati yang tinggal hanya batu tangga.
Perkongsian cerita menerusi akaun serta beberapa group di Facebook menarik perhatian ramai. Ada segelintir warganet sangsi dengan kesahihan perkara itu dan mengaitkannya dengan gambar tular seorang wanita yang kehilangan rumah akibat banjir.
Sumber Facebook Akmal Nizam Salleh
Malahan, ada juga yang mengatakan kejadian itu adalah kesalahan sendiri kerana membiarkan rumah itu terlalu lama selepas dibeli. Dia juga dipersalahkan kerana tidak mengambil langkah keselamatan dengan memagar rumah berkenaan.
“Surat perjanjian sudah ada. Jangankan rumah, tanah pun berpagar dan sangat terjaga cuma jauh dari rumah orang lain. Kalau saya beli kayu dan zink untuk jadikan pagar, pencuri akan lebih berterima kasih sebab bagi duit lebih,” tulisnya bagi menjawab salah satu komen.
Sumber Facebook Akmal Nizam Salleh
Akmal bagaimanapun lega kerana sudah menemui pelaku hasil bantuan sahabat dan pihak polis. Walaupun rumah dan kayu hilang, dia tetap bersyukur kes selesai dan wang bayaran diterima sepenuhnya.
“Setelah tiga tahun mencari, alhamdulillah dapat yang terbaik cuma belum rezeki untuk dibawa ke kebun dan pasang,” tulisnya.
Kalau lagi lama pemilik tak datang, tangga tu pun mungkin hilang. - CARI
|