CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

Lelaki Mengganas Hancurkan Arked Permainan Selepas Dihalau

[Copy link]
Post time 5-1-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah arked permainan berpangkalan di New Orleans hancur dek tindakan seorang pelanggan yang menceroboh masuk dengan kapak dan merosakkan semua peralatan di situ.

Menurut NOLA.com, lelaki yang berdaftar sebagai ahli kelab di "Sea Cave Arcade and Bar" itu digelar dengan julukan "The Wolf" dan ramai staf mendedahkan dia mempunyai reputasi buruk kerana membuat staf lain berasa tidak selesa setiap kali kehadirannya di situ.




kredit foto: GoFundMe




Pada 14 Disember, "The Wolf" menggunakan pistol tanda harga untuk memenuhkan mesin permainan video dengan pelekat.


Berang dengan tindakannya itu, pemilik arked permainan berkenaan, Judah Lea mengembalikan wang dan meminta lelaki terbabit keluar dari premis mereka.


Dia dikatakan mengancam pemiliknya dengan pisau sebelum meninggalkan pusat permainan itu dalam keadaan marah, namun kembali tidak lama kemudian dan mengunci pintu depan menggunakan kunci basikal.


Tidak cukup dengan itu, dia kemudian memecahkan tingkap untuk menakutkan orang di dalam pusat permainan itu.


Bagaimanapun, orang ramai bernasib baik kerana mereka boleh melarikan diri menggunakan pintu belakang dan pergi jauh dari lokasi kejadian.




kredit foto: WWLTV




Difahamkan, pelanggan bermasalah itu sudah pergi apabila polis tiba di tempat kejadian. Namun, keesokannya "The Wolf" kembali ke arked permainan itu dengan kapak dan merosakkan semua peralatan termasuk konsol permainan dan televisyen.


Pada hari sama, dia kembali mengecam semua orang di situ yang ingin membantu membersihkan pusat permainan itu.




kredit foto: WeLoveTheArcade




Lelaki itu ditahan dengan tuduhan melakukan serangan melampau, kerosakan jenayah harta benda dan mengunci orang ditempat awam.


Ekoran kejadian itu, Judah Lea menganggarkan pihaknya menglamai kerugian sebanyak ASD50,000 (RM209,550). - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042503 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list