View: 4452|Reply: 31
|
5 Sekawan Nak Lawan Di Mahkamah Tinggi? Nana 'On' Je!
[Copy link]
|
|
Siti Nordiana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan tiada masalah sekiranya lima sekawan mahu kes saman RM2.5 juta dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Kata Abang Azlan, anak guamnya bersetuju dengan permohonan defendan mahu kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Kredit foto: IG
"Maka, perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.
"Mahkamah juga memerintahkan tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak.
"Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam," katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, belum ada tarikh muktamad baru yang diputuskan pihak mahkamah dan kes itu dijangka akan dibicarakan hujung bulan ini atau awal Februari depan.
Terdahulu, kes saman fitnah difailkan Siti Nordiana atau Nana terhadap lima sekawan pada 30 Julai tahun lalu yang menuntut penyanyi Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim; penyanyi Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta ganti rugi sebanyak RM200,000.
Namun, lima sekawan itu gagal berbuat demikian menyebabkan Nana menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan.
Bagaimanapun, Sam Musyadzafar dan Razidah pada 16 Disember lalu memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan alasan jumlah RM2.5 juta melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
Nana tak gentar okey! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai mcm nak sokong Nana ni hah compared to org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Meluat tgk muka 5sekawan tuu..teringat geng bawang yg mulut hansuang,ketiak kepam,gelak kuat,duduk mengangkang...biasanya bdk kelas belakang... |
|
|
|
|
|
|
|
kelasssssssss ko membawang tanpa rs bersalah...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nana bersalah pun, i kenot la nk sokong 5 kepam sekawan ni. Nengok perangai membawang live tu. Euwww |
|
|
|
|
|
|
|
sama je dua2... bezanya nana membawang dgan org2 terdekat dia n org terdekat dia tu pulak sampaikan pd 5 sekawan tu.... yg berlime tu pulak membawang dekat ig live....
iols ada prinsip siapa mulakan dulu, dia bersalah.... so, kalau betul apa yg dibawangkan 5 sekawan tu betul, iols side yg 5 sekawan tu.... ibarat chuols berak merata, then org bising tahik chuols tu busukkk n semua mengumpat tahikk chuols busuk chuols nk mengamuk sakan... walhal kalo chuols x berak merata idok ler org mengumpat tahik chuols busuk............... (read : hati busuk) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iols tak puas hati ckp depan2
Ni katanya bermasalah lama dah 2 tahun tapi ikut jugak nana pegi bercuti. Nana belanja makan2..
Pasal x ckp depan2 aku tersakiti dgn sikap kau nana.. time cuti tu
Iols notice jadi x baik hubungan bila adanya pkp. Job nana kurang.. Maybe nana x dpt share apa job yg dia dpt. Tak ada makeup, tak boleh travel oversea, panggil buat show.
Ngadu tak bayar mcm ckp dgn Kawan2 biasa je. Ni mostly benda kecik jadikan senjata sebab rasa iri... Itu je conclusion yg iols simpulkan...
Tapi x tahan membawang live mmg tak boleh diterima akal yer |
|
|
|
|
|
|
|
go nana go.
kalau kalah kat mahkamah pun tetap la 5 sekawan tu hauk.
jenis tak boleh dibuat kawan
harap nana lari jauh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Go nana go. 5 lawan 1' harap nana menang. |
|
|
|
|
|
|
|
pasni kutuk mengata tanpa ig.
pakai zoom.
hanya kita2 je yang tahuuuu konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi muka bininya lan tu macam vibes yg tak ok je |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak ok pun...muka kononnye dia je betul..puiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoi dgr 5 sekawan rase nak makan kari ikan bawal..... |
|
|
|
|
|
|
|
Go nana. Kalau x lawan sekarang, sampai ke pencen nyanyi orang buat cerita..
Ni kalau x fail kes hari tu, sampai ke hari ni sedap geng tu berbalas komen sindir2 u. Locwlass pun kawan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nn kalah pun 5 sekawan tu tetap akan digelar pengumpat sampai bila2. Even masa lan ganti awie kt sfmm aritu pun org tetap igt kes ngumpat dia |
|
|
|
|
|
|
|
5 Sekawan ke 5 Jahanam.
Aku sokong Nana bawak kes ni ke mahkamah ...biar 5 jahanam tu sedar lain kali nak mengumpat umpat kat belakang2...buat live and umpat memang saja cari pasal lah... |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh brain buat live berjemaah mengata orang lain
in a nutshell, this is menjoyah sambil gosok sugi celah gigi tanpa sempadan
memang padan kena saman, dan doa Nana menang
Ini baru saman di dunia, merangkak di sana 1 hal |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala bawang kt group wsp tp klu dh live mmg ko hansuang.. biasala kita ni.. ada msa x puas ht.. ngadu kt kwn yg konon buleh purcaya.. tp yg lain tu ngumpat pon kna live ka |
|
|
|
|
|
|
| |
|