Pengacara dan pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan tampil menyangkal dakwaan kedua anak patung miliknya bukanlah boneka yang memiliki kuasa misitik.
Memetik laporan Liputan6, Ivan memaklumkan layanan istimewa yang diberi kepada dua anak patung yang bernama Marvel dan Miracle itu adalah caranya melayan barangan kesayangannya.
Kredit foto: IG Ivan Gunawan
“Anak saya (boneka) bukan anak syaitan. Tiada kena mengena dengan iblis, jin dan sebagainya. Saya mendapatkan anak patung berkenaan daripada Ruben Onsu.
“Walaupun semua sedia maklum itu adalah anak patung, tetapi setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka dan sayang,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Ivan turut membandingkan dirinya dengan masyarakat di luar sana yang juga mempunyai barangan kesayangan sendiri.
“Mungkin ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi, mungkin bukan saya sahaja yang gila.
“Pendapat seorang itu terpulang kepada semua, mereka yang membuat kesimpulan sendiri. Saya juga tidak merasakan patung itu mempunyai sebarang roh dan iblis,” katanya.
Sebelum ini, dia menjadi sebutan rata-rata warganet apabila membela dua anak patung itu yang dianggap sebagai anaknya sendiri.
Menurut laporan KapanLagi, Ivan turut mencipta akaun Instagram khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu.
Kemudian, ramai pula yang mengaitkan patung tersebut ada kaitan dengan perkara mistik dan dikhuatiri boleh membawa kepada amalan syirik.
Sumber: Utusan
|