View: 758|Reply: 6
|
Dua Suntikan Sehari, Lelaki Terima 11 Dos Vaksin Covid-19 Sihat- "Hilang Sakit-Sakit Badan"
[Copy link]
|
|
New Delhi– Seorang lelaki di India dilaporkan telah menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 dan mengaku ia membantu mengekalkan kesihatannya, lapor Mirror.co.uk.
Brahmdeo Mandal, 65, mengaku menerima 11 dos vaksin di negeri Bihar. Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti cara dia mendapatkan suntikan tersebut.
Mandal berkata, suntikan itu membantu mengekalkan kesihatannya dan menghilangkan sakit-sakit badan tanpa sebarang kesan buruk.
Foto: The Mirror
Pesara posmen yang tinggal bersama keluarganya di daerah Madhepura itu dihentikan daripada mengambil suntikan ke-12 di sebuah pusat vaksin pada minggu lalu.
“Kami telah menemui bukti bahawa dia mengambil lapan suntikan dari empat tempat,’’ jelas Amarendra Pratap Shahi yang merupakan pakar bedah awam Madhepura kepada agensi berita BBC.
“Kami bingung bagaimana ini boleh berlaku. Mungkin disebabkan kegagalan portal. Kami cuba menyiasat sama ada terdapat sebarang kecuaian oleh petugas pusat vaksinasi,’’ tambahnya.
Dalam pada itu, Mandal turut dilaporkan mengambil dua suntikan vaksin dalam tempoh setengah jam pada hari yang sama.
“Satu-satunya cara ini boleh berlaku adalah apabila data vaksinasi lambat dimuat naik ke portal,’’ jelas Pakar Kesihatan Awam, Chandrakant Lahariya kepada BBC. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 10-1-2022 12:36 PM
Tu dia ko... |
|
|
|
|
|
|
|
“Satu-satunya cara ini boleh berlaku adalah apabila data vaksinasi lambat dimuat naik ke portal,’’
India negara IT pun tak kan tak boleh lawan sistem Malaysia kot. RM 70 juta ja
|
|
|
|
|
|
|
|
Gang run the mouth boleh kalah dengan pocit ini... Sedang kan 1 dose tidak ambil.... |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya malaysia pon buat gini utk geng2 antivax |
|
|
|
|
|
|
|
Moga masih sihat seperti diperkatakan dalam beberapa tahun mendatang |
|
|
|
|
|
|
| |
|