View: 898|Reply: 2
|
Kali Pertama Berlakon, Noki Dipuji Warga Maya
[Copy link]
|
|
Masalah utama yang sering kali dihadapi selebriti kelahiran Negeri Di Bawah Bayu terutama mereka yang menceburi dunia lakonan adalah perbezaan 'loghat'.
Bagaimanapun, Noki yang kali pertama berlakon menerusi drama Oh My Hantaran mendapat pujian daripada warga maya.
Memegang watak utama sebagai Mail, penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique itu berjaya menuturkan dialog dengan baik tanpa 'loghat' negeri yang ketara.
Lakonannya juga tidak kaku walaupun berganding dengan pelakon berpengalaman antaranya Elisya Sandha, Salina Saibi dan Raja Azura.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji mengatakan dia sudah lama meminati dunia lakonan dan memasang impian untuk menyertai cabang seni itu.
Serius meluaskan kerjayanya, jejaka berusia 28 tahun itu juga menimba ilmu dengan menyertai kelas lakonan sebagai persiapan diri.
Dalam perkembangan baharu, Noki sedang giat membuat persiapan untuk persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu 36 mempertaruhkan lagu AEWO bersama Shiha Zikir.
Apa pula pandangan anda dengan lakonan Noki? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk je member org sabah slang masih ade lg wpun x pekat mcm asal...tp iols suka dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Noki... dik....adik pose pose manjahh je lah kat IG adek...bila adik bukak mulut, buat muka selengaa...terus turn off dik... hahahahaha... i kennottttt |
|
|
|
|
|
|
| |
|