Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) menegur segelintir pengantin baharu yang mengikut trend melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ di TikTok.
Kredit foto: IG PU Syed
Kata PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, kandungan video seperti itu dianggap sesuatu yang mengarut selain boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.
“Isteri itu hak kita... jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia... semuanya untuk kita sebagai seorang suami.
“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka... tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.
“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar.
Berdasarkan tinjauan di TikTok, video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan segelintir pasangan pengantin baharu.
Difahamkan ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan selain memberitahu kepada masyarakat bahawa mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Sumber: mStar |