View: 978|Reply: 2
|
Ngeri! Ini 4 Kes Jenayah Yang Mengerikan Tahun Lepas!
[Copy link]
|
|
Tahun 2021, dunia masih lagi dalam keadaan huru-hara dengan pelbagai jenis varian yang orang tidak tahu ianya wujud sekali gus mengeruhkan lagi keadaan.
Walaupun begitu, ada juga mengambil kesempatan dalam krisis melanda seluruh dunia kini untuk melakukan jenayah.
Ini adalah 4 kes jenayah besar pada 2021
- Duduk dengan mayat reput adik sendiri.
Kredit foto: Yahoo News
Tiga kanak-kanak terpaksa duduk di sebuah pangsapuri dengan mayat adik lelaki mereka berusia lapan tahun yang sudah mereput.
Difahamkan, selama beberapa bulan mereka hidup dalam keadaan menyedihkan begitu di Texas, Amerika Syarikat.
Menurut laporan, tiga beradik tersebut tidak tahan hidup dengan bau busuk dan mahu membela kematian adik mereka dengan menelefon pihak polis dan memberitahu mengenai perbuatan teman lelaki ibu mereka yang memukul mangsa sampai mati pada November 2020.
Selepas kejadian, ibu mereka dan teman lelakinya melarikan diri dan meninggalkan tiga beradik tersebut bersama mayat mangsa.
Difahamkan, kedua-dua suspek sudah ditahan atas perbuatan mereka.
- Wanita maut dihempap oleh individu bunuh diri dengan terjun bangunan.
Kredit foto: Allthatsinteresting
Wanita bernama Kahle berusia 29 tahun baru sahaja naik pangkat sebagai pengurus acara di sebuah syarikat berkerja, tetapi sayangnya pada 25 April 2021, tiada siapa menyangkakan kematiannya.
Kahle yang sedang berjalan sendirian di 10th Avenue, New York dihempap seorang lelaki yang terjun bangunan untuk bunuh diri menyebabkan Kahle maut di tempat kejadian manakala lelaki terbabit meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital berdekatan.
- Jurutera Perancis bongkar rahsia pembunuh bersiri Zodiac.
kredit foto: Insider
Sebuah kes pembunuhan misteri yang diberi julukan Zodiac sekitar tahun 1970an masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Tetapi, pihak berkuasa masih belum berputus asa untuk menyelesaikan kes pembunuh bersiri itu.
Satu-satunya petunjuk yang ada adalah nombor sifir ditinggalkan pada setiap mangsa untuk diselesaikan, dua daripadanya berjaya diselesaikan tetapi masih ada dua angka yang sehingga kini gagal diselesaikan.
Pada bulan Jun 2021, Faycal Ziraoui dari Perancis memberitahu yang dia memecahkan dua kod terakhir dengan mengkaji semua kod yang dipecahkan oleh pihak polis sebelum ini.
Selepas Faycal memecahkan kod itu dan menghantarnya kepada polis di Tahoe Selatan Amerika, mereka mengenal pasti identiti suspek sebagai Lawrence Kaye yang pernah menjadi suspek utama untuk kes berkenaan.
- Mayat dalam timbunan sampah rumah ditemui 20 tahun kemudian.
kredit foto: Allthatsinteresting
Seorang lelaki bernama Bruce Andrew Roberts yang dikenali sebagai pengutip sampah dan suka mengumpul barang. Siapa sangka dia juga menyimpan mayat di dalam rumahnya.
Jirannya, Gayle Meagher beritahu yang tiada sesiapa mahu pergi rumahnya kerana terlalu kotor dan banyak sampah.
Rahsianya terbongkar apabila jiran meminta polis meminta keadaannya memandangkan dia tinggal bersendirian dan mereka dikejutkan apabila menemui mayatnya di atas timbunan sampah di dalam rumahnya.
kredit foto: allthatsinteresting
Malah, pekerja pembersihan turut menemui satu lagi mayat wanita dalam timbunan barang milik Bruce dikenali sebagai Shane Snellman yang dilaporkan hilang pada 2002.
Shane mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan pernah dipenjarakan sebelum ini dipercayai memecah masuk kediaman Bruce sebelum berjaya ditangkap oleh lelaki itu dan menembaknya di bahagian kepala.
Perkerja pembersihan turut menemui 70 botol penyegar udara di sekitar mayat Shane.
Semoga tahun 2022, dikurangkan dengan kes sebegini lagi dan minta dijauhkan dari kita semua. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik TT |
|
|
|
|
|
|
|
Jurutera Perancis bongkar rahsia pembunuh bersiri Zodiac.
ini paling best.. mcm dlm movie kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|