View: 1558|Reply: 18
|
Dapat Sebidang Tanah, Remaja Kahwin Duda Kaya Separuh Usia Sebab Harta?
[Copy link]
|
|
Kisah pernikahan duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), lapor laman berita Timur Kota semalam.
Tidak cukup dengan itu, ahli perniagaan dikenali sebagai H Sule itu dikatakan turut menyerahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Fortuner dan sebuah rumah kepada isterinya.
Kredit foto: timurkota
Seorang ahli keluarga gadis itu bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar dengan memberitahu bahawa nilai hantaran yang diterima itu adalah benar, namun tidak bagi kenderaan SUV tersebut dan rumah.
Menurutnya, pengantin perempuan menerima wang hantaran sebanyak 70 juta rupiah (RM20,582), manakala selebihnya sebanyak 30 juta rupiah (RM8,821) terdiri daripada sebidang tanah.
“Saya sendiri mendengar ketika akad nikah diadakan. Tiada kereta atau rumah yang diberikan sebagai hantaran,” katanya.
Tambah individu tersebut, pernikahan itu juga berlangsung secara sederhana, namun ia menjadi tular kerana nilai hantaran tersebut telah diperbesarkan oleh netizen.
Kredit foto: timurkota
“Majlisnya juga biasa sahaja. Mungkin kerana pengantin lelaki dikenali ramai dan isterinya masih remaja, jadi ramai yang tersalah sangka mengenai pernikahan ini,” jelasnya.
Berita mengenai perkahwinan tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Daripada hantaran ini saya sedar bahawa wang adalah segalanya. Semoga ‘datuk’ bahagia selalu,” kata seorang netizen.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.. alang2 nk kawen dgn org yg beza sgt jarak umur, biarlah berbaloi.. walaupun kat msia setakat 20-30k, tp di indonesia, besar nilai dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah, muda2 dpt rezeki org kaya, maintain kecantikan sampai bila2. duit ada kan, hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lah..kalau kat area sulawesi tu..lagi2 yang bugis..siap2 lah dengan tangga hantaran tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat tanah, pisang elok dak |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah fikir masa depan bukan masa sekarang je |
|
|
|
|
|
|
|
bibik friska tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Yasssss snatch that money bag sissss
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 15-1-2022 01:41 PM
Nun thread sana ramai yg mengutuk.
Sampai ada yg mcm tak tidur malam fikir masalah dalam kain pengantin...
Mampu ke? Zalim ke? Blah3x...
Thread sini lain pula komennya..
I macam biasa, suka hati ko la nak kahwin...
Janji bahagia sudah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok letteww
Win win situation
|
|
|
|
|
|
|
|
sibuk pulak ye nak tau orang tu boleh beromen ke tidak tau lah dia nanti, takkan semua benda netizen nak sibuk bagi tunjuk ajar yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Alah..serupa ctlijah, zizikbung, ragad bersama2 atuk masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 15-1-2022 09:06 PM
Alah..serupa ctlijah, zizikbung, ragad bersama2 atuk masing2
Zizikbung tu yg x mnahan iol nak trgelak hahahaha lollll. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 15-1-2022 02:31 PM
sibuk pulak ye nak tau orang tu boleh beromen ke tidak tau lah dia nanti, takkan semua be ...
Ummah Mulayu Meleis mmg suka tang ni hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 01:17 PM
Yasssss snatch that money bag sissss
Secure that money bagggg. |
|
|
|
|
|
|
|
Fair la tu...si tua dpt yg muda, cantik ranum...igt semua benda murah ke |
|
|
|
|
|
|
|
sama cam retis sejuk beku yang kawen sanding sorang2 tu... dibaginya modal bisnes kat semua adik beradik n now memasing dah senang... berbaloi la kawen ngan orang tua...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|