erka
"Rasa macam mimpi, tolong sedarkan saya"
Begitulah ciapan yang meruntun jiwa seorang wanita di Tiktok, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata netizen turut sama berduka.
Perkongsian video tersebut sehingga kini meraih melebihi 187.9 ribu likes malah netizen turut juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.
Menurut video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Asha berkata bakal suaminya, Mohamad Fauzie meninggal dunia pada hari ahad lalu, akibat kemalangan jalan raya.
Lebih menyedihkan kata Asha, Fauzie ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya selepas berjumpa dengan ibu dan ayah Asha untuk memberikan cincin.
"Awak datang ke rumah saya nak jumpa dengan ummi sebab nak try cincin kahwin"
Menurut Asha, sukar untuk dia percaya khabar duka yang didengari. Tetapi ajal maut dia tangan Tuhan, dia redha dengan ketentuan Tuhan.
Tidak menyangka perkongsiannya menjadi viral di Tiktok, Asha pada mulanya hanya membuat video tersebut sekadar satu kenangan.
"Allauakbar, Asha minta maaf sebab tak sempat nak reply satu-satu. Keadaan Asha sendiri pun masih belum stabil. Terima kasih semua di atas doa korang"
Dilihat ramai netizen yang menyatakan ucapan takziah kepada Asha:
Sama-sama kita berdoa kepada arwah Mohamad Fauzie dan semoga orang yang kita sayang sentiasa dipanjang umur dan dijauhkan dari kecelakaan. Amin. -CARI
|