View: 876|Reply: 4
|
Dah Lama Nak Jadi Bisu, Akhirnya Impian Nabila Huda Tercapai
[Copy link]
|
|
Terkenal dengan bakat lakonan yang mantap, aktres Nabila Huda sekali lagi mencabar diri dengan membawa karakter seorang wanita kelainan upaya yang bisu.
Membawa watak sebagai Maimon dalam filem seram Telaga Suriram arahan pengarah Osman Ali, Nabila, 37, berkata dia sudah lama menantikan watak seperti itu.
Foto: IG
"Buat pertama kali saya bawa watak bisu tapi bukan bisu sejak lahir. Watak Maimon ini sebenarnya dia mengalami trauma sejak kecil.
"Tak boleh nak kongsi lebih tapi hanya satu peratus saja dialog saya. Selalu dapat watak yang banyak cakap, tapi kali ini abang Osman berjaya membisukan saya.
"Sejujurnya saya memang menantikan watak sebegini dan skrip. Alhamdulillah, bila dapat sinopsis, saya terus setuju nak lakukan," katanya kepada mStar.
Pengacara program Melodi itu ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Selain Nabila, filem seram yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Scha Alyahya akan memulakan penggambaran pada 20 Januari depan.
Sementara itu, Nabila mengakui dia sudah lama teringin untuk bekerjasama dengan Osman Ali selain meminati karya pengarah itu seperti filem Anak Halal.
"Sebenarnya saya dah lama idamkan untuk berlakon dalam karya abang Osman Ali. Saya memang peminat setia filem Anak Halal dan karya Osman Ali.
"Tapi takut bila terlalu fikir dan nak sangat, tak dapat pula. Sebab itu saya tak letak harapan tapi ada tanamkan dalam diri nak kerjasama dengan dia.
"Alhamdulillah... tiba-tiba dia panggil saya untuk filem ini. Bila dapat saja skrip dan sinopsis saya syukur kerana memang watak yang diidamkan," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
baca macam best sebab pengarah osman ali... lepastu pelakonnya nabila huda...
harap2 best la... |
|
|
|
|
|
|
|
msti best citer nie.. agknya nie la sbb nabila bsenam.. sbb nk fit kot.. ntah2 watak byk dlm hutan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mengundang sungguh tajuk tu khenn.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape kawan dia tu? yg berbikini putih... leper dada ko nyah |
|
|
|
|
|
|
| |
|