|
FOTO fail menunjukkan peserta mengetuk periuk sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa. FOTO AFP
Yangon: Penunjuk perasaan di Myanmar yang mengetuk periuk dan kuali sebagai protes terhadap rampasan kuasa, pada tahun lalu, boleh didakwa kerana menderhaka, kata Junta pada Selasa.
Rampasan kuasa pada 1 Februari tahun lalu menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi dan menyebabkan negara Asia Tenggara itu bergolak.
Keadaan itu juga menyebabkan ekonomi negara itu merudum dengan kira-kira 1,500 orang awam terkorban dalam tindakan keras untuk menghentikan demonstrasi.
Kini sudah hampir setahun kerajaan Junta bergelut untuk menghentikan tentangan rakyat terhadap pemerintahannya, dengan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) yang sering bertempur dengan tenteranya.
Tentera juga mengisytiharkan semua kumpulan PDF serta bayangan 'Kerajaan Perpaduan Negara' (NUG) yang didominasi oleh penggubal undang-undang dari parti Suu Kyi, sebagai pengganas.
Dalam kenyataan pada Selasa, kerajaan Junta berkata, kumpulan PDF dan NUG menggalakkan orang ramai untuk 'memusnahkan kestabilan negeri' dengan melakukan mogok senyap, bertepuk tangan, mengetuk periuk dan kuali dan membunyikan hon kereta.
Mereka yang terbabit dalam protes itu atau berkongsi propaganda kunpulan berkenaan boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan mengikut undang-undang antikeganasan atau menghasut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|