CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2429|Reply: 2

[Tempatan] Singapura Sasar Naik Gaji Pemungut Sampah RM10K/ Sebulan

[Copy link]
Post time 5-2-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 5-2-2022 01:58 PM

Singapura dalam proses menaikkan gaji pemungut sampah secara berkadar tahun demi tahun sehingga kepada SGD3,260 sebulan bersamaan sekitar RM10,000 sebulan menjelang 2028. Dalam masa lima enam tahun lagi, gaji pekerja pengurusan sampah akan naik sekali ganda berbanding apa yang mereka terima pada 2022.



Bukan itu saja, pemungut sampah ini juga akan menerima bayaran overtime minimum per jam, dan bonus tahunan sekurang-kurangnya sebulan gaji jika telah bekerja cukup setahun tanpa mengira prestasi kerja.



Menteri Tenaga Kerja Singapura juga menafikan tindakan ini akan memindahkan kos yang perlu dibayar oleh pengguna (cukai pintu) sebaliknya semua akan diserap sebagai bajet dalam belanjawan negara.

Kementerian ingin melihat peningkatan gaji dan taraf hidup yang lebih bermakna terhadap pekerja sektor ini. Untuk itu, sesuai dengan gaji baru, para pekerja juga akan diberikan latihan secara berkala untuk menaiktaraf kemahiran dari bukan sahaja sebagai pemungut sampah, tetapi kemudiannya bakal dilatih untuk skill2 seperti sekuriti, pembersihan, landskap, sekalator dan penyelenggaraan lif.



Diharap tindakan kementerian menaikkan gaji dan memberi latihan sebegini bakal memberikan laluan perjalanan kareer yang lebih cerah terhadap sekitar 3000 pekerja terlibat di Singapura.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tred dah ada...dah berkubur pun dok.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:46 AM | Show all posts

Gaji beso mana sekali pun, yg penting kualiti hidup kenalah yg terbaik..

Kualiti hidup rakyat Singapura paling teruk di Asia

RAKYAT Singapura mempunyai tabiat pemakanan paling teruk dalam kalangan enam negara Asia yang lain. - AFP


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 31 Mei 2022, 8:30 am


SINGAPURA: Rakyat Singapura didapati mempunyai kualiti hidup paling teruk berbanding penduduk di negara Asia yang lain.
Pendedahan itu berdasarkan Kajian Kesejahteraan Evolusi yang dijalankan oleh peneraju industri kecergasan global, Fitness First yang melibatkan lebih 10,000 responden dari Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Hong Kong.
Kajian itu berakhir pada Oktober tahun lalu dan dapatan laporan itu dikeluarkan pada bulan ini.
Memetik laporan Channel News Asia, Singapura dilaporkan mendapat skor lebih rendah berbanding purata Asia dalam laporan tersebut.
Dalam ranking keseluruhan, Singapura menduduki tempat kedua terakhir dengan 69 mata, menewaskan Hong Kong yang mendapat 67 mata.
Indonesia berada di tempat pertama dengan meraih sebanyak 79 mata, diikuti Thailand dengan 77 mata.


Berikut beberapa fakta yang menyebabkan Singapura mendapat skor lebih rendah berbanding purata Asia.

LEBIH PENAT BERBANDING NEGARA JIRAN
Kajian menunjukkan hanya 55 peratus rakyat Singapura bertenaga sepanjang hari.
Kajian itu turut menyatakan `faktor luaran seperti kekurangan masa mungkin menghalang golongan berkenaan daripada mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat’.   
Kekurangan tidur juga boleh menjadi antara punca kurang tenaga dalam kalangan warga Singapura.
Hanya 36 peratus rakyat mempunyai tidur yang mencukupi setiap malam dan kira-kira satu pertiga daripada mereka rasa segar selepas bangun.
Sebagai perbandingan, purata skor Asia mencecah hampir 50 peratus bagi kedua-dua faktor tersebut.

MENGAMBIL BANYAK MAKANAN SEGERA   
Rakyat Singapura dilaporkan tidak mengamalkan cara pemakanan yang baik.
Kajian mendapati warga Singapura mempunyai tabiat pemakanan yang paling teruk dalam kalangan enam negara yang lain.
Kira-kira separuh responden mengakui makan makanan tidak diproses berbanding yang sudah diproses.   
Hampir separuh lagi pula mengambil makanan yang seimbang.
Bagaimanapun, sebahagian besar responden dikatakan minum air yang mencukupi sepanjang hari.

SANGAT TERTEKAN
Berbanding dengan negara Asia lain, Singapura mendapat skor lebih rendah dari segi proaktif dalam pembangunan peribadi.
Berkaitan daya ketahanan mental, warga Singapura dikatakan mempunyai pandangan lebih negatif dan perasaan bahawa tidak dapat mengawal kehidupan.
Hampir 30 peratus warga Singapura berasa tertekan berbanding 24 peratus responden di negara lain.
Berdasarkan kajian, golongan `baby boomers’ iaitu individu berusia 55 tahun ke atas secara keseluruhannya didapati mampu mengawal tekanan dengan lebih baik berbanding Gen Z.

ALASAN TIDAK CUKUP MASA
Ramai beranggapan rakyat Singapura mementingkan penetapan matlamat dan kehidupan yang teratur, namun hasil kajian menunjukkan sebaliknya.
Hanya 66 peratus warga Singapura menetapkan matlamat berbanding purata Asia 75 peratus.
Ia sekaligus menunjukkan ada kalangan rakyat republik itu juga yang hidupnya kurang teratur berbanding yang lain.
Seperti negara Asia lain, rakyat Singapura juga gemar menghabiskan masa dengan individu yang boleh membantu mereka mempertingkatkan diri.
Namun, apabila mencari peluang dan cara untuk mempertingkatkan diri, warga negara itu dilihat tidak begitu berjaya.
Mereka juga lebih berkemungkinan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai masa yang mencukupi sepanjang hari.  

HARGAI SISTEM SOKONGAN
Menurut kajian, warga Singapura berusaha banyak untuk memperkukuhkan hubungan peribadi meskipun kurang sedikit berbanding negara lain.  
Walaupun lebih 70 peratus rakyat Singapura menyifatkan diri mereka positif, lebih 30 peratus pula tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka.
Warga Singapura juga dikatakan agak menyepikan diri apabila lebih satu pertiga responden tidak gemar mengenali individu baharu.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064935 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list