CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tindakan akan diketahui minggu hadapan

[Copy link]
Post time 5-2-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal sebelum ini selepas dilaporkan terbakar pada 12 Januari lalu. Foto Ihsan Phee Boon Poh

Nibong Tebal: Tindakan terhadap operator yang mengurus tapak pelupusan Sampah Pulau Burung di sini, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran bakal diketahui selepas satu mesyuarat yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) akan membentangkan laporan susulan kejadian itu dalam mesyuarat Eexco untuk menggariskan langkah-langkah yang dicadangkan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sampah berkenaan.

Menurutnya, sejurus pembentangan laporan berkenaan satu penilaian akan dibuat sebelum mengambil sebarang keputusan.

"Pembentangan itu antaranya akan melihat kepada langkah-langkah yang dicadangkan termasuk prestasi syarikat dalam menguruskan tapak pelupusan sampah sejak mereka dilantik pada 2012.

"Isu-isu konsensi akan tertakluk kepada laporan berkenaan seterusnya penilaian akan dibuat dan satu keputusan akan diambil," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung perkembangan terkini mengenai situasi kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Dewan Serbaguna Jawi di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo.

Menurutnya, kebakaran itu 100 peratus sudah dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya, namun kerja-kerja susulan di tapak pelupusan berkenaan masih berlangsung.

"Kerja-kerja susulan ini terdiri daripada aktiviti membuat 'firebreak' dengan penutupan menggunakan tanah merah bagi memastikan tiada kebakaran lain akan berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya mendapati terdapat trend penurunan dari segi kepekatan gas yang diukur di di sekitar tapak pelupusan sampah.

"Apa kita dapati kualiti udara bertambah baik selepas beberapa hari hujan dan terdapat penurunan dari segi kepekatan gas, manakala stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dibuka khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram menunjukkan bacaan IPU sederhana.

"Mengikut laporan daripada Jabatan Meteorologi juga menjangkakan hujan akan turun dalam beberapa hari dan kita harap kualiti akan bertambah baik lagi, sekali gus memperoleh tahap yang dikehendaki," katanya.

Dalam kejadian 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah berkenaan dilaporkan terbakar seluas 11.3 hektar hingga menyebabkan kualiti udara dekat situ terjejas dan memberi risiko terhadap kesihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.383194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list