CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Pulau Pinang] 181 notis dalam Ops Khas Bersepadu

[Copy link]
Post time 5-2-2022 07:45 PM | Show all posts |Read mode
181 notis dalam Ops Khas Bersepadu
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 05 Februari 2022


Anggota JPJ melakukan pemeriksaan terhadap kereta yang menggunakan lampu HID.


BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 181 notis kesalahan jalan raya melalui Ops Khas Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina pada Jumaat.


Timbalan Ketua Pengarah (perancangan dan operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, antara kesalahan dikesan membabitkan lesen memandu, cermin gelap, lesen kenderaan, nombor pendaftaran dan lain-lain.


Menurutnya, dalam operasi berkenaan sebanyak 132 daripada 895 kenderaan diambil tindakan menerusi pemeriksaan bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.


"Kita juga memberi tumpuan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu High Intensity Discharged (HID) yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain," katanya selepas meninjau Ops Bersepadu JPJ sempena Tahun Baharu Cina 22 di Plaza Tol Juru pada malam Jumaat.


Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan motosikal dalam Ops Khas Bersepadu pada Jumaat.


Tambah beliau, seramai 69 pemandu dikesan tidak mempunyai lesen memandu yang sah selain 35 notis dikeluarkan kerana kenderaan tidak mempunyai cukai jalan, kesalahan cermin gelap (28), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (15) dan kesalahan lain (34).


Operasi membabitkan 55 anggota JPJ negeri turut disertai beberapa agensi lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Ops-Khas-Bersepadu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list