CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit

[Copy link]
Post time 7-2-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit



Zuhainy Zulkiffli - Februari 7, 2022 @ 8:15am[email protected]




Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di bukit berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga di sini, semalam. - Foto Ihsan JBPM



GEORGETOWN: Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di bukit berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga di sini, semalam.

Mangsa berusia 54 tahun ditemukan tidak sedarkan diri pada ketinggian 200 meter dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal Safry Romli, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.10 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota mendaki kira-kira 20 minit iaitu sejauh 450 meter ke lokasi mangsa ditemukan pengsan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, didapati mangsa tidak sedarkan diri pada ketinggian 200 meter bukit berkenaan.

"Pasukan penyelamat memberi bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) selama 30 minit kepada mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Safry berkata, anggota bomba menurunkan mangsa ke kaki bukit menggunakan pengusung.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut," katanya lagi.

Difahamkan mangsa dari Sungai Ara, Bayan Lepas, sebelum itu melakukan aktiviti mendaki bersama kira-kira 10 rakannya sebelum didapati tidak sedarkan diri.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.790122 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list