View: 1345|Reply: 3
|
BTS tak kisah duduk kelas ekonomi
[Copy link]
|
|
ANGGOTA BTS.
Los Angeles: Walaupun BTS adalah antara artis paling popular di dunia ketika ini, namun mereka tidak kisah menaiki penerbangan kelas ekonomi dari semasa ke semasa.
Perkara itu dikongsi penyampai radio Amerika Syarikat (AS), Robin Quivers yang melihat sendiri kumpulan itu duduk di kelas berkenaan dalam satu penerbangan.
"Sumpah, saya bertemu BTS dalam kapal terbang. Mereka sangat menyenangkan. Tiada siapa melayan mereka umpama 'superstar'.
"Mereka beratur di barisan pemeriksaan keselamatan sewaktu mendaftar masuk. Rata-rata anggota kumpulannya duduk di bahagian tempat duduk kelas biasa," katanya.
Perkara itu dikongsinya kepada gandingan hosnya Howard Stern dalam program The Howard Stern Show, baru-baru ini.
Menurut Quivers, hanya seorang daripada anggotanya duduk bersama pengurus mereka di kelas pertama. Itu pun kerana anggota berkenaan menang permainan loteri dibuat mereka.
Bagaimanapun, anggota BTS, V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung pernah berkongsi mereka terpaksa juga menaiki jet peribadi hampir setiap kali demi keselesaan.
"Kami memang mahu naik penerbangan biasa tapi ada orang akan mendapat tahu (butiran penerbangan BTS) lebih awal. Mereka akan duduk di bahagian depan atau bersebelahan kami.
"Dalam situasi sedemikian, kami takkan berpeluang untuk berehat dengan aman," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pelik xde porumer gedik2 komen ke |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah ada sassaeng yg selalu ikut members masuk toilet lepas sassaeng masuk toilet tak tau dorang buat apa atau amik apa huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama kuar artikel pasal hal depa ni.
what to do.. the top no. 1 band boy in the world...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|