View: 1598|Reply: 10
|
[Jenayah]
Acik Siti terjumpa janin tak cukup sifat dalam beg shopping ditanam berhampiran rumah
[Copy link]
|
|
Sungai Besar: "Kami terkejut apabila mendapati dalam tanah ada janin bayi tidak cukup sifat dengan uri yang diletakkan di dalam beg 'shopping' ," kata suri rumah, Siti Rodziah Abd Majid, 54.
Siti Rodziah berkata, sudah menjadi rutin harian pada setiap pagi dia menyiram pokok bunga dan memberi makan kepada kucing di rumahnya di Jalan Parit Satu Barat, di sini.
Bagaimanapun, kira-kira 8.30 pagi semalam, aktivitinya terbantut selepas ternampak kesan korekan tanah kira-kira 15 meter dari kediamannya.
"Curiga dengan keadaan itu, saya panggil anak lelaki (Muhammad Fahmi Rosziman, 16) untuk mengorek semula tanah bagi melihat apa di dalamnya.
"Saya berundur ke belakang apabila melihat janin bayi itu dan terus membuat laporan polis. Kejadian berkenaan kali pertama berlaku di kampung ini," katanya ketika ditemui, malam tadi.
Dakwanya, sebelum kejadian dia tidak dapat tidur malam sehingga 2 pagi disebabkan sakit kepala.
Bagaimanapun, Siti Rodziah berkata, dia tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin berdekatan rumah wanita itu.
"Janin itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati janin terbabit belum cukup sifat dan dianggarkan baru berusia 20 minggu dalam kandungan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
"Lelaki berkenaan dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan pengadu yang membuat laporan penemuan berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias ketika dihubungi mengesahkan...
Kekdg curious juga macam mana wartawan boleh dapat cerita, dorang panggil ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-3-2022 08:48 AM
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias ketika dihubungi mengesahkan.. ...
Mgknkah....bidang 'mass communication.....
tny pokcik G
People also ask
What is mass communication examples?
"Common communication channels in mass communication include television, radio, social media, and print media. Examples of mass communication include commercial advertising, public relations, journalism, and political campaigning." |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Kak Rodziah mendapatkan rawatan bagi sakit kepala yang mengganggu waktu tidur beliau. seksa oo sakit kepala sampai takleh tido.
Btw, sapalah lelaki yang berusia 20 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan akak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pertalian keluarga?maknanya anak acik siti? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak source. Sama ada dari WhatsApp, Facebook Group Community macam tu. Sumber lain nya dari pihak-pihak berkuasa itu sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak saudara, mungkin. Kot-kot malam tadi datang melepak di rumah sampai lewat malam. Time takde orang, dikoreknya tanah ditanamnya janin tanpa pengetahuan sedare. Aaa.. cenggitu la kot andaian netizen.
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis wartawan rajin le ni pi kejar berita.
|
|
|
|
|
|
|
|
maksud aku tadi macam mana dorang boleh hidu berita selain daripada yang disuap macam press release tu atau copy paste macam wartawan cari kelas tersendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by namemysoul at 12-3-2022 01:14 PM
Decaffeinated replied at 12-3-2022 11:08 AM
maksud aku tadi macam mana dorang boleh hidu berita selain daripada yang disuap macam press releas ...
Tu lah jgk mksd pokok....hehehehe...derang nih musti ader kaki lebih, senang ckp....hehehehe
Mass communication = public relation = slalu bergaul ngan org....
X pon...cam cite korea pinocchio tuh...bertunggu tangga kat balai, polis sibok, derang pon ikot skali...hehehehe amponnnn..... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-3-2022 11:08 AM
maksud aku tadi macam mana dorang boleh hidu berita selain daripada yang disuap macam press releas ...
Mesti la ada org dalam bg info..
Xpun sekarang sosial media lg pantas dr polis or journalist.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|