View: 1805|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kemasukan pesakit Covid-19 kanak-kanak ke PICU meningkat
[Copy link]
|
|
Foto sekadar hiasan sahaja.
Kadar kemasukan kanak-kanak ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat Covid-19 bagi kategori 3 hingga 5 meningkat secara drastik pada Mac, menurut Kementerian Kesihatan.
"Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat Covid-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200 peratus, diikuti kategori 5 sebanyak 125 peratus," kata Kementerian Kesihatan melalui satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Hantaran itu turut melampirkan info grafik yang menunjukkan peningkatan kadar kemasukan PICU bagi kategori 2, 3, 4 dan 5 serta peratusan kenaikan antara Jan hingga Feb 2022 dan Jan hingga Mac 2022.
Berdasarkan infografik itu, tiada peningkatan kemasukan PICU bagi pesakit Covid-19 kategori 2, manakala terdapat peningkatan 50 peratus bagi pesakit kategori 3.
Kategori 2 merujuk kepada pesakit yang mengalami gejala ringan tanpa radang paru-paru, manakala kategori 3 adalah pesakit yang mengalami gejala sederhana dan radang paru-paru.
Kategori 4 adalah pesakit yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit kritikal yang memerlukan rawatan intensif.
Kementerian Kesihatan berkata kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah kini berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19 kerana kebanyakan mereka masih belum diberi vaksin sepenuhnya, berbanding kumpulan dewasa.
"Pengambilan vaksin Covid-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.
"Oleh itu, Kementerian Kesihatan sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19," katanya.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) bermula pada 3 Feb 2022.
Sumber: Malaysiakini
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takda ke parents yang share di fb tentang anak theyols dijangkiti covid kategori 3, 4 or 5 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stinger432 at 12-3-2022 03:43 PM
The numbers akan pastinya jadi lebih tinggi kalau lebih ramai ibu bapa yg masih berdegil utk mendapatkhen suntikan baksin utk anak anak kecil mereka...
Pakar Data, X File....
@Dwdrums
Kahkahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 12-3-2022 03:36 PM
takda ke parents yang share di fb tentang anak theyols dijangkiti covid kategori 3, 4 or 5 ni?
1 out of 100k chance.....
Sila rujuk pada graph 287B dan 1345C dalam rajah....
Pakar Data, X FILE,
@Dwdrum.
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Muak dah baca berita tentang covid dan vaksin
Tu je nk ckp
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 aku kena covid dmm biasa je sakit sendi
Lemah badan hari ke 3 kebah dn hari ni fully recover galak menjerit bercekau
|
|
|
|
|
|
|
|
statistik lengkap mana...................?berapa yang mati dan berapa jumlah sebenarnya....kalau betul kenapa tak paksa macam golongan dewasa ...? |
|
|
|
|
|
|
|
aku smlm beli anggur seedless kt pasar 2 pack rm8. balik2 from south africa, patut le murah. punya la nk mkn aku basuh dgn air cuckoo panas letak garam. adeyh zmn covid ni nk mkn pun x senang hati. lambat pulak 1 april nk jdkan covid ni ala2 denggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah gaharu cendana pula. |
|
|
|
|
|
|
|
makadek replied at 12-3-2022 04:53 PM
Anak2 aku kena covid dmm biasa je sakit sendi
Lemah badan hari ke 3 kebah dn hari ni fully recover g ...
Sama lah anak iols. Demam sehari. Esoknya dah melompat2 mcm biasa. Masa dorang kena influenza dulu lagi teruk. Dlm seminggu jugak lah nak recover. Tak tahu lah kot anak iols kena covid varian yg ringan jer. Apa2 pun alhamdulillah. N iols masih stick dgn keputusan iols utk x vaksin dorang dgn vaksin covid. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah umo 11 tahun positive..demam selsema semua la..pas 3 Ari baik, test lagi sekali dah negative... alhamdllah cepat baiknya..tp la ni mak ayah dia dah bawak g vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenA covid tp anak 7 tahun aku yg tak cucuk, sejenis mmg siang malam suka mai peluk cium aku remained negative. Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Pichu tersenyum sinis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku dah masuk dah..mcm biasa la mostly yang masuk mmg ada bersangkutan dengan masalah lain..cth: anak ni autism, anak ni leukimia, anak sorang ni sawan. Senang sangkut bila nk warded sbb mmg kena cucuk idung (PCR) padahal CDC dah tarik balik PCR ni, tak valid. |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 14-3-2022 11:28 AM
Anak aku dah masuk dah..mcm biasa la mostly yang masuk mmg ada bersangkutan dengan masalah lain..cth ...
Knp pcr tk valid? Setahu aku rtk or saliva yg selalu kasi false positif |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rajin baca lah ye..
Breaking news. share on all platforms: FDA document admits “Covid” PCR test was developed without isolated samples for test calibration, effectively admitting it’s testing something else.
A document just released by the U.S. Food and Drug Administration (FDA) openly admits that the infamous PCR test for the Wuhan coronavirus (Covid-19) was developed not with actual samples, but rather with what appears to be genetic material from a common cold virus.
In the FDA document, it is clearly stated that ordinary seasonal flu genetic material was used as the testing marker in the PCR test kits because the authorities knew that many people would test “positive” for it, thus allowing them to use these results to create the “Covid” narrative.
It is somewhat of a lengthy read, but have a look for yourself and see the deception in plain sight. There is no legitimate test out there that accurately identifies the presence of SARS-CoV-2. From the document:
“Since no quantified virus isolates of the 2019-nCoV were available for CDC use at the time the test was developed and this study conducted, assays designed for detection of the 2019-nCoV RNA were tested with characterized stocks of in vitro transcribed full length RNA (N gene; GenBank accession: MN908947.2) of known titer (RNA copies/µL) spiked into a diluent consisting of a suspension of human A549 cells and viral transport medium (VTM) to mimic clinical specimen.”
Another revelation in the document is the admission by the FDA that test results are “pooled” together to produce numbers that are inaccurate. The FDA is quite literally manufacturing data to support a false narrative.
We are now at a crossroads worldwide. The time is upon us to decide if we are going to allow this type of medical fascism to persist, and impact upon the futures of our children. Or if we are finally going to say no to tyrannical government policy.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|