View: 1436|Reply: 7
|
Jangan persenda orang berzikir 'Hu'
[Copy link]
|
|
Jangan persenda orang berzikir 'Hu'
BERZIKIR mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah.
Dalam masalah furuk, janganlah kita mudah bersikap kasar dan zalim terhadap pihak lain dalam perkara khilaf yang kita tidak persetujui. Misalnya mengenai isu zikir dengan lafaz Hu (Dia) yang digunakan oleh ahli sufi, perlu diketahui bahawa lafaz berkenaan daripada sudut tatabahasa adalah termasuk dalam bab kata ganti nama diri dan ia di sisi ahli sufi merujuk kepada zat Allah SWT.
Justeru, apabila kita mendengar orang berzikir dengan lafaz Hu, maka yang dirujukkan adalah tidak lain hanyalah Allah SWT semata-mata.
Dengan mengetepikan terlebih dahulu khilaf ulama mengenainya, perbuatan mempersendakan orang yang berzikir dengan lafaz berkenaan seperti mengajuk dengan isyarat emosi sedih: 'Huhu...' misalnya, sama ada secara sedar atau tidak adalah perbuatan yang dikhuatiri boleh mempersendakan Allah SWT dan orang melakukannya wajib memohon ampun kepada-Nya.
Berzikir kepada Allah SWT dengan lafaz berkenaan meskipun tidak warid amalannya daripada Nabi SAW, ia adalah satu ijtihad muktabar berdasarkan dalil al-Quran yang cukup banyak dan lafaz tersebut didapati sering mengiringi sifat-Nya. Antaranya, firman Allah: "Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani." Surah al-Baqarah: 163
Firman-Nya lagi: "Dialah Tuhanku, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah tempat kembaliku. Surah ar-Ra'd: 30
Juga firman-Nya: "Katakanlah: Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa." Surah al-An'am: 19
Perlu difahami, sesuatu perkara yang tidak ditemukan dalam sunah Nabi SAW perlulah dirujukkan kepada ijtihad mereka yang berkeahlian dan mampu mengeluarkan istinbat daripada al-Quran dan sunah, sebagaimana kaedah masyhur diajarkan oleh Nabi SAW kepada Muaz bin Jabal RA.
Tokoh besar tafsir, Imam Fakhruddin ar-Razi (wafat 606H) dalam tafsirnya, Mafatih al-Ghaib menyatakan, terdapat tiga nama yang terhasil bagi Allah SWT dengan sebab kata ganti nama, iaitu Ana (Aku), Anta (Engkau) dan Hu (Dia).
Kemudian hanya lafaz Hu (Dia) sahaja yang digunakan oleh ahli sufi sebagai sebahagian amalan zikir mereka kerana mempunyai pelbagai rahsia dan kesan rohani yang cukup luar biasa. Dalam tafsirnya, Imam Fakhruddin ar-Razi menyenaraikan 11 rahsia dan faedah daripada zikir berkenaan. Antaranya, ia menunjukkan rasa amat rendah diri orang yang menyebutnya. Ia juga satu ikrar bahawa selain Allah SWT adalah tidak kekal dan binasa. Zikir ini mampu membawa seseorang benar-benar mengenal Allah dan hanya mengingati-Nya semata-mata tanpa bercampur dengan ingatan yang lain.
Ia juga boleh dianggap zikir yang paling agung (a'zam al-azkar) kerana bersih daripada sebarang bentuk permintaan kepada Allah SWT. Ini amat selaras dengan apa yang dinyatakan dalam dua hadis Qudsi berikut.
Pertama, Allah SWT berfirman: "Aku di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku bersamanya sekiranya dia mengingati-Ku. Maka, sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan, Aku juga akan mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka." Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Kedua, Allah SWT berfirman: "Sesiapa yang disibukkan oleh mengingati-Ku daripada mengajukan permintaan kepada-Ku, nescaya Aku akan berikan kepadanya lebih baik daripada apa yang Aku berikan kepada orang- yang meminta." Riwayat al-Bukhari dalam Tarikhnya, al-Bazzar dalam Musnadnya dan at-Tabarani dalam ad-Du'a'. Hadis hasan
Demikian ringkasan sebahagian pencerahan yang disebutkan oleh Imam Fakhruddin ar-Razi. Beliau turut membawakan dalil al-Quran iaitu firman Allah: "Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat-Nya." Surah al-Qasas: 88.
Lalu katanya: "Maka, Dia menyebutkan kata-kata-Nya: 'melainkan Dia' selepas kata-kata-Nya: 'Tiada tuhan' yang jelas membuktikan bahawa puncak tauhid itu adalah kalimah ini (Hu)."
Al-Hafiz Ibn Hajar (wafat 852H) dalam kitab Fath al-Bari ketika menyebutkan sejumlah pandangan ulama tentang hakikat al-ismu al-a'zam (nama Allah yang paling agung) berkata: "Pertama: al-ismu al-a'zam ialah Hu yang dinukilkan oleh Fakhruddin ar-Razi daripada sesetengah ahli kasyaf. Beliau berhujah bahawa sesiapa yang ingin mengungkapkan kalam yang penuh dengan takzim di hadapan seseorang, dia tidak akan berkata kepadanya: 'Engkau berkata demikian', sebaliknya dia akan berkata: 'Beliau berkata' kerana menjaga adab dengannya." Sebagai ulama yang tinggi disiplin ilmu dan adabnya, al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pandangan ini tanpa sedikit pun mengkritiknya.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
https://www.hmetro.com.my/addin/ ... a-orang-berzikir-hu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
... dan ia juga bermakna tiga generasi terbaik dari kalangan kita, yang bertutur dengan bahasa al-Quran telah gagal melihat "keistimewaan" yang amat besar ini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
HU itu sendiri ADA lah zikir
tak ADA zikir yang paling besar melainkan ZikirUllah
HAnya terdapat d'dalam solat fardhu
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah,
لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟
tiada ada Tuhan selain Aku,
فَٱعۡبُدۡنِى
maka sembahlah Aku
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ
dan dirikanlah shalat
لِذِڪۡرِىٓ
untuk mengingat Aku.
20:14
wassalam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ibnur at 30-3-2022 06:04 PM
Adakah lepas ni ANTA pun boleh??? la ilaha ila anta
anta anta anta.....
|
|
|
|
|
|
|
|
nabi dah ajar...
subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar
masya allah
tabarakallah
nak pilih yang tak ada .... tak pe lah...pilih la ikut pandai sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
salam
nabi ajar ..
سُبْحَانَ اللهِ
tasbih
اَلْحَمْدُ للهِ
tahmid
وَلاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ
dan tahlil
وَاللهُ اَكْبَرُ
dan takbir
سُبْحَانَ اللهِ . اَلْحَمْدُ للهِ . وَلاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ . وَاللهُ اَكْبَرُ
tasbih tahmid tahlil takbir
bergabong terhimpun menjadi ZikrUllah
tidak boleh d'ceraikan
ini lah perbuatan MasyAllah ..
apa yang d'kehendaknya Allah
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۚ
kecuali kalau Allah menghendaki
إِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ
Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi
baharu lah dapat TabarakAllah yaitu RahmatUllah
wassalam
p/s ..
Hayat/hidup mesti memilih ..
pilih .. memilih .. terpilih ..
supaya Hayat/hidup tidak sia sia .. kita rugi
|
|
|
|
|
|
|
|
TAU TAK SEBAB APA REKAAN ITU DILARANG DARI SEKECIL KECIL DAHULU...
KERANA KALAU YG KECIL TU JADI PERMULAAN, MAKA AKAN DATANG RANTAIAN BIDAAH YG TIDAK TERTAHAN BERMULA DARI YG KECIL TU.....
HU, TA, AH, BI, SEMUA TU KAN ZIKIR JUGA
JADI ADAKAH KITA NAK TERIMA AGAMA DIUBAH DGN FALSAFAH, IDEa , dan hikmah dari manusia....
kalau gitu , semua pun jadi...........apa saja asal ada idea disebalik nya, maka semua pun jadi...
takkan begitu agama??
SEBAB tu nabi TUTUP sekecil kecil bidaah..
semoga org mampu faham
|
|
|
|
|
|
|
| |
|