Edited by Rockafella at 17-3-2022 05:07 PM
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, singkatan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikenali sebagai K-KOMM, manakala menterinya akan dirujuk sebagai MENKOM (Menteri Komunikasi dan Multimedia).
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata penjenamaan singkatan itu bagi memastikan orang ramai tidak lagi terkeliru antara kementeriannya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Orang selalu tertukar dengan SKMM, itu suruhanjaya, jadi KKMM kini dikenali sebagai K-KOMM dan menterinya dikenali sebagai MENKOM.
"Ini untuk memudahkan sebutan dalam urusan supaya lebih jelas, selalu orang tertukar SKMM dengan KKMM...sering bertukar. Jadi pertukaran singkatan ini akan jadi lebih jelas," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Satu lagi kejayaan Menteri Barisan Nasional.
|