View: 414|Reply: 0
|
Persatuan Olahraga Selangor sudah berkubur
[Copy link]
|
|
IBRAHIM berkata, perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada pihak berkaitan sekali gus terpulang kepada ahli gabungan itu untuk memilih barisan kepimpinan baharu. FOTO NADIM BOKHARI
Kuala Lumpur: Tanda tanya siapa sebenarnya menerajui kepimpinan Persatuan Olahraga Selangor (Pos) akhirnya menemui noktah apabila pendaftaran badan induk olahraga negeri itu dibatalkan.
Situasi terbabit dimaklumkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof yang turut menyatakan segala pemilihan termasuklah kepimpinan terdahulu persatuan itu adalah tidak sah.
Keputusan terbabit secara tidak langsung menyaksikan perebutan jawatan kepimpinan tertinggi Pos membabitkan bekas atlet Kuala Lumpur Norhayati Karim dan Datuk SM Muthu ternyata sia-sia kerana ketika ini tiada lagi persatuan olahraga negeri untuk dipimpin mereka.
Malah, pembatalan pendaftaran Pos bermakna ketika ini Selangor tidak mempunyai persatuan olahraga negeri yang bertindak sebagai 'payung' kepada atlet mereka terutama dalam merangka program dan aktiviti pada masa akan datang.
Ibrahim berkata, perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada pihak berkaitan sekali gus terpulang kepada ahli gabungan itu untuk memilih barisan kepimpinan baharu.
"Kita sudah mengeluarkan surat kepada POS pada 24 Mac lalu yang mengatakan pendaftaran mereka sudah dibatalkan dan sekarang ini boleh dikatakan persatuan itu tiada lagi.
"Alasannya adalah Pos tidak lagi aktif dan bukan entiti yang patut atau wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya di mana-mana negeri atau di Malaysia.
"Semua perkara yang berlaku sebelum ini termasuklah membabitkan pemilihan kepimpinan baharu Pos sudah tiada dan ahli gabungan perlu mengadakan pemilihan kelak," katanya, ketika ditemui Arena Metro.
Sebelum ini, Arena Metro melaporkan bahawa Kem Pos boleh dikatakan semakin huru-hara apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Olahraga Selangor yang diadakan pada 12 Disember lalu tidak sah.
Hal ini bermakna, kepimpinan yang dilantik oleh pada AGM terbabit tidak terpakai sekali gus timbul tanya siapa sebenarnya yang menerajui badan induk olahraga negeri itu.
Pemilihan baharu itu diadakan berikutan kepimpinan Pos bergolak selepas persatuan terbabit memutuskan untuk memecat Muthu selaku presiden daripada memegang sebarang jawatan di dalam badan induk olahraga negeri itu.
Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Induk Pos melalui Jawatankuasa Kecil Tatatertib yang ditubuhkan berlandaskan perlembagaan Pos sebulat suara menyokong usul berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngor-sudah-berkubur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|