Ruang metaverse VR, Somnium Space, yang membenarkan kita buat avatar digital, bermain dan beli belah dalam tu kini dalam proses menawarkan mod Live Forever. Bagaimanapun, pemain dikehendaki upload banyak data untuk klonkan avatar sendiri agar mampu menjadi replikasi digital sebijik macam ciri-ciri kita sebagai pemain. Contohnya gaya berjalan, lenggok badan, cara bercakap, reaksi, minat, perangai dll. Menariknya, avatar pemain ini dilengkapi AI akan hidup selamanya dalam ruang Somnium Space lama selepas kematian kita.
Setakat ini pemain dalam Somnium Space boleh membeli tanah digital, bina rumah dan bangunan, bermain permainan realistik, memulakan perniagaan, mengadakan konsert dan acara langsung.
Kelebihan:
- pemain lain boleh berinteraksi dengan kita (avatar) dalam Somnium Space, selamanya.
- mungkin avatar kita akan terus merayau/ jual/beli, buat duit dan sebagainya dalam Somnium Space walau kita pemiliknya dah mati.
PS: Bayangkan.. avatar kita boleh buat duit dan infaq duit ke dunia sebenar (dapat royalti ke ape kemudian proceed sedekah) bagi pahala berterusan selepas kita mati?
(diorang tak cakap pasal infaq, yang pasti diorang nak data, banyak data untuk memungkinkan AI kita jadi sama macam kita).