CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10217|Reply: 41

Mossad

[Copy link]
Post time 14-9-2010 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Mossad merupakan sebuah agensi perisikan negara Israel, ia ditugaskan untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari segenap negara-negara yang dianggap musuh oleh Israel.
Sejarah tertubuhnya agensi perisikkan Mossad ini bermula pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri pertama Israel iaitu David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelarasan berpusat, yang dapat membaiki sistem keselamatan dan memantau dengan lebih telus perisik tentera(AMAN) dan perkhidmatan keselamatan awam(Shin Bet) Israel supaya lebih terancang. Pada Mac 1951 ia telah dirangka semula menjadi sebahagian dari Jabatan Perdana Menteri, segala laporan dibuat terus kepada Perdana Menteri.


Ibu pejabat Mossad terletak dibandar raya Tel Aviv, ia merupakan sebuah badan perkhidmatan awam yang tidak tergolong didalam organisasi ketenteraan, tetapi mempunyai kakitangan yang berpenggalaman bersama pasukan pertahanan Israel. Agensi Perisikkan Mossad dipecahkan kepada 8 jabatan yang mempunyai kepakaran tersendiri, perisik diambil dari pelbagai peringkat diluar negara, termasuklah pegawai diplomat dan pegawai tak rasmi, meraka bertindak seperti CIA, 30 dari 40 operasi mereka bergerak di eropah timur dan timur tengah. Pegawai perisik digelar 'Katsas' sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsaatau Kidon, Kidon ditugaskan dalam misi-misi tertentu seperti memhapuskan tokoh-tokoh yang dikehendaki, operasi separa tentera, sabotaj, dan pakar dalam melancarkan perang saraf.
Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikkan terbaik dunia setaraf CIA, KGB, dan M16. Taktik penculikkan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga kepentingan negara Israel.

ANTARA OPERASI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN

• Mereka berjaya menangkap penjenayah perang NAZI Adolf Eichmann di Argentina pada 1960, anggota Mossad yang menyamar sebagai jurugambar bebas mendapati Eichmann telah mengunakan nama Micardo Klement semasa menetap di Argentina bagi mengelakkan dari dikesan, ditangkap pada 11 Mei 1960 kemudian di seludup ke Israel.
• Pada 1960an Mossad telah berjaya mencuri pelan binaan kapal terbang Perancis 'Mirage III' bagi membangunkan kapal terbang Israel iaitu 'Kfir'.
• 1965 Mossad telah membunuh penjenayah perang NAZI, iaitu Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil. Herbeth dikatakan bertanggunjawab membunuh, menyiksa serta merogol ramai orang Yahudi di German semasa WW I.
• Dalam tahun 1957 hingga 1965 Wolfgang Lotz(anggota Mossad) telah dihantar ke Mesir ( Operasi Shoshana) bagi mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser.Walaupun Wolfgang Lotz kelahiran Mannheim German, disebabkan mukanya mirip seperti bangsa Aryan, dia berjaya mendapatkan banyak maklumat operasi ketenteraan Mesir pada 1965.
• Mereka juga pernah membantu jurutebang Iraq, Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah mengunakan pesawat MiG 21 milik tentera udara Iraq bagi meloloskan diri ke Isarel. Dia mendakwa yang kononnya dia ditindas kerana beragama kristian dan penghapusan etnik Urmia sedang berlaku diselatan Turki.
• Ada kabar angin yang mengatakan bahawa serangan 9 Sep 2001 di 'World Trade Centre ' New York sengaja dirancang dan dilakukan oleh Mossad dan juga CIA bagi mendapatkan lampu hijau dari rakyat Amerika untuk menyerang Iraq secara besar-besaran.

Read more:
http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A359981&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0zUdhvRbj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 10:35 AM | Show all posts
waa good info
tapi kan org kata intellingence terbaik dunia ialah pakistan pnya..ISI ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 10:49 AM | Show all posts
tak.. special Branch Malaysia yg terbaek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 12:42 PM | Show all posts
Reply 3# unekspekted


    ye ke? ko mesti terpengaruh dengan Gerak Khas kan... selesaikan kes mcm kacang putih.. within 30 minute dah settle.... boleh buat satu slot drama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 12:43 PM | Show all posts
Reply 1# airblade


    Good Info...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 02:44 AM | Show all posts
Reply  unekspekted


    ye ke? ko mesti terpengaruh dengan Gerak Khas kan... selesaikan kes mcm ...
perang_sivil Post at 15-9-2010 12:42


kalo sb kita mcm dlm gerak khas tu jawabnya 1 kes pun x kan selesai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2010 11:26 AM | Show all posts
Reply 6# otai_g


aku bangga weh ngan gerak khas...
semua kerja dorang leh buat..

dari kerja pejabat hingga kerja lapangan.. 
senang citer semua la...
dari operasi serbuan hingga ke CSI hingga ke management semua dorang buat...
korang tak kagum ke?
aku kagum woo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 01:26 PM | Show all posts
Reply 6# otai_g


    Jangan memandang rendah pada Inspktor Aleeza dan Sarjan Misai okey...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply  otai_g


    Jangan memandang rendah pada Inspktor Aleeza dan Sarjan Misai okey...
perang_sivil Post at 16-9-2010 13:26


sarjan misai dah pencen hokay...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 03:37 PM | Show all posts
Reply 9# otai_g


    Ye ke? anak dia masuk Polis jadi pegawai gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 03:45 PM | Show all posts
Reply 10# perang_sivil

yer mmg anak dia masuk polis pastu dpt unit yg sama plk dgn bapak dia dulu.

ni thread cerita psl drama gerak khas ke mossad?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 03:52 PM | Show all posts
Reply 11# otai_g

Boley agak dan ramal drama arahan Yusf Haslam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 07:53 AM | Show all posts
polis takde unit bomoh ke...
senang je nk setel kes org ilang, cari org, cari brg n mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 08:16 AM | Show all posts
polis Malaysia bagus.. tgk kes Datuk Sosilawati tu.. laju jerr dia setel... cuma bak kata mantan KPN...  ada campur tgn politician
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 08:17 AM | Show all posts
anyway.. klu Israel nm mossad.. Malaysia SB dia xde nm kerr??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:22 AM | Show all posts
ejen mossad ni memang licik sampai sekarang pun pembunuh pemimpin HAMAS iaitu Allahyarham Mahmoud al-Mabhuh di Dubai pada 20 Januari lepas masih belum ditangkap dan didakwa. Cuma pemimpin negara yang ejen israel ni guna pasport mereka berdegar-degar mengutuk keras pemalsuan pasport negara mereka tapi tindakan..... habuk pun tarak :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 09:25 AM | Show all posts
anyway.. klu Israel nm mossad.. Malaysia SB dia xde nm kerr??
katana83 Post at 17-9-2010 08:17 AM



rahsia
tu yg terbaek, kalo org dah tau tak ble la jadik 'secret' agent lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:26 AM | Show all posts
dah2 ler ngan anasir gerak khas tu...nk borak psl gerak khas g kat bahagian hiburan laa....nie psl mossad la wei....
selamat hari raya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:30 AM | Show all posts
La...tuan umah dh kna ban plk...
Cpt nye....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:59 AM | Show all posts
tapi mmg mossad ni selalu nk jd perisik terbaek mcm CIA..FBI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.067917 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list