CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahanan Rohingya cedera dalam kemalangan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 27-4-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Tahanan Rohingya cedera dalam kemalangan meninggal dunia

Oleh Audrey Dermawan - April 27, 2022 @ 6:43pm  [email protected]




Tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu pada Rabu lalu maut selepas dirempuh kereta di Lebuhraya Utara Selatan - Foto ihsan pembaca




GEORGETOWN: Seorang tahanan Rohingya yang cedera akibat dirempuh kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ketika melarikan diri dari depot Jabatan Imigresen di Bandar Baharu, Kedah, Rabu lalu, meninggal dunia, semalam.

Mangsa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, pagi semalam.

Ia menjadikan sebanyak tujuh tahanan Rohingya yang terbunuh dalam insiden yang berlaku pada jam 4.30 pagi minggu lalu itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata seorang lagi mangsa kemalangan iaitu lelaki berusia 21 tahun masih menerima rawatan di hospital.

"Siasatan berhubung kejadian itu masih diteruskan dan sehingga kini polis sudah merakamkan kenyataan daripada beberapa saksi untuk membantu siasatan berhubung nahas berkenaan," katanya selepas melancarkan Ops Selamat peringkat negeri di Bazar Ramadan Bayan Baru, di sini.

Mohd Suhaily berkata, pada masa sama pihaknya masih memburu 61 lagi tahanan Rohingya yang terlepas selepas tangkapan terbaru berjaya dibuat Isnin lalu.

Ketika ditanya sama ada tahanan terbabit berjaya meloloskan diri keluar dari Pulau Pinang, Mohd Suhaily berkata, kemungkinan itu ada kerana kedudukan sempadan negeri yang berhampiran.

"Apa yang saya bimbang kemungkinan tahanan Rohingya ini mendapat bantuan daripada penduduk tempatan.

"Sudah seminggu tahanan ini melarikan diri dan mungkin mereka mendapat bantuan daripada segi makanan, sebab itu boleh bertahan daripada ditahan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari depot Imigresen selepas berjaya memecahkan pintu blok dan pagar penghadang di depot itu.

Penduduk kemudiannya berjaya menangkap 88 daripada mereka sebelum diserahkan semula kepada pihak Imigresen.

Polis Pulau Pinang juga berjaya menahan semula 229 tahanan berkenaan di kilometer 168 PLUS.

Enam daripada tahanan itu bagaimanapun maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika cuba menyeberangi laluan di lebuh raya berkenaan.

Mereka yang maut terdiri dua lelaki berusia 20 dan 36 tahun, dua wanita berusia 18 dan 14 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047707 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list