View: 419|Reply: 0
|
Peng Kean kembali selepas lutut pulih
[Copy link]
|
|
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sesi bertemu atlet lawan pedang di Majlis Sukan Negara (MSN), baru-baru ini.
Kuala Lumpur: Selepas mengumumkan persaraan pada 2017, bekas Olimpian negara dalam acara lawan pedang, Yu Peng Kean membuat kemunculan semula pada temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini.
Memutuskan untuk bersara sebelum temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 akibat dihantui kecederaan lutut, pengalaman Peng Kean ditagih untuk membantu skuad lawan pedang negara meraih emas.
Peng Kean yang ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, semangatnya untuk berbakti kepada negara cukup tinggi, sekali gus mahu memberikan yang terbaik dalam usaha meraih pingat di temasya dwi tahunan itu.
"Ini adalah temasya Sukan Sea keempat bagi saya dan memang mahu mendapatkan pingat. Saya kembali beraksi sebab percaya lutut sudah pulih dan saya mahu cuba sekali lagi.
"Peluang untuk menang itu memang ada, tapi sukar sebab saya tak nampak banyak atlet bertanding kecuali Singapura dan Thailand yang aktif dan cabaran mungkin datang daripada dua negara itu," katanya.
Peng Kean, 31, yang pernah membuat penampilan di Sukan Olimpik London 2012 akan beraksi dalam acara sabre individu lelaki.
Ditanya sama ada usia akan menjejaskan penampilannya, Peng Kean berkata, dia kini berada di prestasi terbaiknya.
"Saya dapat merasakan kembali menemui rentak semula. Walaupun dari segi usia mungkin saya tak sekuat dulu.
"Tapi saya yakin, saya mampu untuk lakukan semuanya demi negara," katanya.
Skuad lawan pedang negara menyasarkan satu pingat perak menerusi Hans Yoong dalam acara foil individu lelaki dan dua gangsa dalam mana-mana acara.
Untuk rekod, pada temasya di Filipina 2019, Malaysia meraih dua perak dalam acara epee individu lelaki dan foil individu lelaki serta satu gangsa bagi foil berpasukan lelaki.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... selepas-lutut-pulih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|