View: 451|Reply: 0
|
Fatin impi emas penampilan terakhir Sukan SEA
[Copy link]
|
|
Gambar fail - Atlit memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh. - Foto NSTP/Fathil Asri
KUALA LUMPUR: Pemanah compound senior wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh bakal membuat penampilan ketujuh berturut-turut di Sukan SEA Hanoi bulan depan yang juga mungkin terakhir pada temasya dwi tahunan itu.
Fatin, 30, berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk edisi ke-31 di Hanoi itu nanti walaupun di lubuk hatinya masih mengimpikan kilauan pingat emas yang menjadi sandaran kesemua atlet bertanding.
"Kalau ini yang terakhir, saya akan cuba yang terbaik. Kita tahu di edisi Sukan SEA seterusnya tidak ada sukan memanah jadi saya cuba yang terbaik dulu kerana dalam tempoh dua tahun ini, kita tidak tahu prestasi pasukan negara lain.
"Jadi, bagi saya, saya sasar penamat di podium dulu. Tidak kiralah apapun warnanya namun kalau ada rezeki emas itu lebih baik. InsyaAllah (emas) namun apa yang penting adalah cuba melakukan yang terbaik," kata Fatin yang bakal memimpin pasukan yang disertai ramai barisan muka baharu itu.
"Ini sebuah pasukan yang baharu. Dari segi acara berpasukan itu tidaklah susah tetapi kita tak tahu apabila di pertandingan luar... dengan pemanah baharu maka mungkin pengalaman mereka itu sedikit kurang.
"Sebelum ini, ada dua senior dan satu junior tetapi sekarang ini saya seorang saja (senior) dan perlu membimbing dua pemanah. Saya harap mereka dapat kekal dengan strategi yang dirancang.
Fatin yang membuat penampilan pertama di Sukan SEA 2009 di Laos berkata persaingan di Hanoi nanti agak sukar diramal disebabkan pandemik COVID-19 yang mengehadkan program latihan dan kejohanan skuad memanah di peringkat antarabangsa.
"Kalau diikutkan memang susah kerana saya tak ada kejohanan langsung di luar. Setakat ini, saya hanya beraksi di tiga kejohanan tempatan saja. Bagi saya, kalau tidak nampak prestasi lawan, agak sukar untuk jangka apa yang berlaku.
"Untuk itu bagi saya, saya cuba melakukan pencapaian peribadi terbaik dulu dan sekiranya dapat melakukannya, InsyaAllah akan ada sesuatu," katanya yang pada edisi di Filipina 2019 meraih perak dalam acara individu compound wanita.
Fatin turut pernah membantu pasukan compound wanita meraih emas bersama-sama Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi dan kilauan pingat sama dalam acara berpasukan campuran bersama Mohd Juwaidi Mazuki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Dia turut pernah membantu skuad memanah meraih emas di Sukan SEA Singapura 2015 dalam acara individu wanita, berpasukan wanita dan berpasukan campuran - pencapaian terbaiknya di sepanjang penyertaannya di Sukan SEA.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -terakhir-sukan-sea |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|