View: 1594|Reply: 6
|
Jepun: Kurang Bayi, Populasi Pekerja Menurun
[Copy link]
|
|
Edited by Lagubestbest at 4-5-2022 02:31 PM
Data 2021 menunjukkan jumlah rakyat di Jepun menyusut seramai 644,000 orang, seakan kehilangan seluruh penduduk Macau dalam tempoh hanya 1 tahun. Tokyo, ibu negara dan bandar terbesar di Jepun menunjukkan pengecilan populasi buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun. Golongan yang paling kurang di Jepun sekarang adalah orang muda terutama 14 tahun ke bawah, menunjukkan penduduk Jepun sekarang kekurangan kelahiran bayi.
Dalam masa 1 generasi ke depan (sekitar sedekad), Jepun diramal bakal menghadapi masalah ekonomi serius (pekerja berkurang, pelanggan berkurang). Berpunca dari bilangan pekerja yang makin berkurangan. Umur 15-65 (golongan pekerja) telah berkurang sebanyak 3%, manakala umur 65-tua (golongan pencen) meningkat sebanyak 7%. Hampir satu per tiga rakyat Jepun kini adalah golongan pencen.
Tanpa tindakan drastik, trend penurunan populasi ini bakal menjadi lebih cepat. Seterusnya memperlahankan ekonomi secara signifikan. Sesetengah perniagaan telah meningkatkan umur bersara dalam usaha mengekalkan bilangan pekerja yang cukup. Yang lainya beralih pada robotik dan automasi dalam persediaan menghadapi masa depan tanpa pekerja yang cukup.
Jumlah tawaran pekerjaan kini jatuh ke nisbah 1:1 berbanding jumlah pemohon. Menunjukkan setiap yang pergi temuduga hampir pasti dapat kerja.
Suatu pemandangan yang suram, melihat robot menjadi pelayan pada rata-rata pelanggan yang telah tua.
Penurunan populasi produktif secara ekonomi, disusuli penurunan populasi baru.
Data:
Jepun ada 125 juta penduduk. 68 juta adalah golongan pekerja.
Jepun tidak gemar pekerja asing, namun kini menggajikan 1.72 juta pekerja asing.
Purata gaji sekitar USD35,000 setahun atau USD8/jam.
Sektor penyiaran mengalami kemerosotan pekerja tertinggi, disusuli pembinaan
Dijangka Jepun akan hilang 20% (12 juta) pekerja pada 2040 akibat terlalu tua untuk kerja.
sumber: https://teamstage.io/japanese-workforce-statistics/ |
|
|
|
|
|
|
|
Amik jah bangla takpung rongya.. settld.. canak baby |
|
|
|
|
|
|
|
kan, masalah settle, uae elok je pakai pekerja warga asing,
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 12-5-2022 04:18 PM
kan, masalah settle, uae elok je pakai pekerja warga asing,
Kann.. cantik cantik ape jd.. bangla mix with japann.. feature banglaa.. wangi kurus pembersih putih ikut jepun.. |
|
|
|
|
|
|
|
hidung mancung,mata besar,putih,kira nampak mcm mat saleh la hehehehe, agaknye gadis jepun x rasa lagi kot abangla
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka terlau fanatik kerja sebab tu kurang nak berkeluarga selain kos yang amat tinggi untuk membesarkan anak |
|
|
|
|
|
|
|
Punca living cost yang tinggi + tekanan kerja. Kalau tengok Dark Side of Japan boleh la nampak big picture pehal masalah ni semua kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|