View: 368|Reply: 0
|
Sapu bersih dua emas esok
[Copy link]
|
|
Mun Yee harap skuad terjun langkah kanan pada hari pertama pertandingan esok.
KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara sudah bersiap sedia untuk menggegar bumi Hanoi apabila mereka dijadual merebut pingat emas pertama Sukan SEA Hanoi, bermula esok.
Dua acara menawarkan pingat pada hari berkenaan iaitu 1 meter (m) papan anjal wanita dan 3m papan anjal seirama lelaki.
Pengurus pasukan terjun, Datuk Leong Mun Yee berkata, beliau sememangnya mengharapkan penerjun mampu merealisasikan pingat emas diidamkan sekali gus memberi tonik berharga buat keseluruhan kontinjen negara mengharungi cabaran pada temasya edisi ke-31 itu.
"Pada 8 hari bulan nanti ada dua acara dan kedua-duanya kita sasarkan emas," kata Mun Yee.
"Tekanan itu sedikit mesti ada tetapi saya harap penerjun dapat melakukan yang terbaik.
"Saya harap mereka dapat melakukannya seperti ketika dalam latihan. Jangan terlalu tertekan dan peraga terjunan terbaik.
"Saya berharap hari pertama kita nanti ada permulaan yang baik buat keseluruhan kontinjen."
Sukan terjun secara keseluruhan menawarkan lapan emas bermula esok hingga Rabu ini di Pusat Sukan Air My Dinh, Hanoi.
Seramai 11 penerjun mewakili skuad kali ini yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita.
Penerjun lelaki dibarisi Chew Yiwei yang akan beraksi dalam acara 3m seirama; Ooi Tze Liang (1m papan anjal dan 3m seirama); Syafiq Puteh (3m papan anjal); Jellson Jabilin (10m seirama); Hanis Nazirul Jaya Surya (10m seirama); Enrique MacCartney Harold dan Bernard Rhodict (1m papan anjal).
Dalam acara wanita pula, kita mempertaruhkan Nur Dhabitah Sabri (1m papan anjal dan 10m seirama); Kimberly Bong (1m papan anjal); Datuk Pandelela Rinong Pamg (10m seirama); Wendy Ng (3m papan anjal dan 3m seirama); Ong Ker Ying (3m papan anjal dan 3m seirama).
Pada edisi 2019 di Filipina, skuad terjun meraih empat emas dan dua perak sekali gus mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ersih-dua-emas-esok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|