View: 385|Reply: 0
|
Piala Uber: Malaysia hampir atasi Denmark
[Copy link]
|
|
PEARLY (kiri) dan Thinaah sumbang mata untuk negara. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Skuad badminton wanita negara terdiri daripada barisan pemain muda akur tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Uber 2022 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, sebentar tadi.
Walaupun tewas pada perlawanan pertama itu, namun skuad negara harus diberikan pujian kerana mempamerkan peningkatan dengan memberi tentangan sengit kepada Denmark sekali gus membuktikan mereka bukan lagi 'mangsa' belasahan pasukan lawan.
Pemain perseorangan utama negara, S Kisona mudah dijinakkan lawannya yang berada di ranking 14 dunia, Mia Blichfeldt 14-21,15-21.
Pengalaman yang dimiliki Mia dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyekat kemaraan Kisona sekali gus memastikan mata pertama milik Denmark.
Beregu wanita negara, Tan Pearly-M Thinaah berjaya bangkit untuk memastikan kedudukan 1-1 selepas menewaskan pasangan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 21-19, 21-19.
Rentak cemerlang itu diteruskan seorang lagi pemain perseorangan negara, Goh Jin Wei yang terpaksa berhempas pulas menewaskan Line Christophersen 21-12, 11-21, 21-5.
Beregu kedua, Teoh Mei Xing-Anna Cheong yang diharapkan mampu menyumbang mata kemenangan awal gagal merealisasikannya apabila mereka tewas di tangan Alexandra Boje-Amalie Magelund 14-21, 10-21.
Pemain muda, Myisha Khairul yang turun selaku perseorangan ketiga negara gagal dalam usaha melakar kejutan apabila tunduk di tangan Line Hojemark Kjaersfeldt 12-21, 9-21.
Mengikut rekod, pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan pada kejohanan sama tahun lalu menyaksikan Malaysia tewas 1-4 kepada Denmark.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ampir-atasi-denmark |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|