CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16093|Reply: 29

CEREKARAMA : Berdosakah Aku [TV3 10MLM SABTU 16OCT 10]

[Copy link]
Post time 19-9-2010 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 17-10-2010 01:26

Borak Lokasi: Jangan pisah kasih ibu anak     Oleh Norhayati Nordin

2010/09/15     
   
                    
MENJENGAH ke lokasi penggambaran telefilem Berdosakah Aku di Kampung Kuang, Selangor pada 6 Ogos lalu, suasana petang Jumaat itu cukup hening. Kelibat pengarahnya, Azman Yahya atau Jinggo kelihatan bersiap sedia untuk penggambaran babak seterusnya.

Cukup terserlah ia paparan kisah hidup manusia yang terpalit sejuta kesedihan. Berlatarkan keadaan rumah kampung, Berdosakah Aku membawa kisah Haryani lakonan Noorkhiriah Ahmad Shapie yang dibesarkan neneknya sejak kecil  hingga dewasa.

Tidak terlalu menghiraukan kenapa dia dibesarkan nenek, Haryani akhirnya terpaksa menerima hakikat keluarganya masih ada. Semuanya berlaku selepas nenek yang dianggapnya seperti ibu sendiri menyahut panggilan Ilahi.

  Kematian nenek begitu meninggalkan kesan mendalam kepada Haryani. Biarpun berat untuknya menerima realiti, namun apakan daya, dia sudah hilang tempat bergantung. Mahu atau tidak, Haryani harus kembali ke pangkuan keluarga kandungnya.

Tanpa sekelumit kasih sayang dirasakan daripada ibunya, Haryani harus akur. Bagaimanakah dia berhadapan dengan keadaan hidup keluarga kandungnya? Apakah wujud perasaan kasih di hati Haryani terhadap ibu serta dua saudara kandung, Zahid dan Nurhidayah?

Bagaimana pula penerimaan abang dan adiknya terhadap Haryani di rumah mereka? Sampai bilakah Haryani harus berasa terasing dengan darah daging sendiri? Kisah menyayat hati ini, akan disiarkan di TV3 pada awal Oktober nanti menerusi slot Carekarama, jam 10 malam.


Penerbitnya, Sheila Rusly berkata, dia dan suami terpanggil menghasilkan telefilem itu untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat bahawa kasih sayang ibu dan anak, jangan dipisahkan. Ini kerana, apabila realiti sebenar diketahui, ia satu kejutan.

Katanya, ilham cerita terbabit diperolehnya daripada kisah benar seorang kenalan. Namun, siapakah orang itu biarlah identitinya menjadi rahsia. Cukup sekadar kisah hidupnya dikongsi bersama. Selain kisah kenalan itu, masalah sama dilalui orang lain.


Justeru, kisah itu diolah menjadi satu cerita yang padat dengan mesej untuk dikongsi bersama masyarakat. Malah, Rozie Rashid diberi kepercayaan menghasilkan skripnya. Ternyata olahan Rozie tak menghampakan JS Pictures untuk menerbitkannya.

Sheila yang berlakon sebagai Nuriah berkata, dia dan suami selesa menghasilkan karya berdasarkan kisah benar kerana mempunyai fakta kukuh. Katanya, bagi memastikan mesej sampai kepada masyarakat, perlu ada pihak dijadikan rujukan.

"Lagipun, kisah anak diserahkan kepada orang lain untuk dibesarkan memang berlaku dalam masyarakat dulu. Ini kerana, ibu atau bapa terdorong dengan pengaruh bomoh yang mengatakan si anak membawa malang pada keluarga atau sebagainya.

"Ditambah lagi, jika si ibu melahirkan anak kembar dan dikatakan tidak serasi. Masalah zaman kanak-kanak mungkin berlalu, tetapi bagaimana pula alam remaja dan dewasa? Bagaimana pula penerimaan saudara kandung yang tidak dikenali selama ini.

"Apabila keadaan seperti itu berlaku, ditakuti wujud perasaan cinta terlarang. Tanpa disedari, abang boleh jatuh cinta kepada si adik dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, saya sangat berharap paparan kisah dalam telefilem Berdosakah Aku akan diterima baik.  

"Dalam soal ini, apa yang ingin saya ketengahkan ialah  situasi institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat tempatan. Sewajarnya hubungan kasih sayang keluarga itu kukuh kerana jika pincang ia akan membawa kebinasaan dan kesedihan," katanya.

Berdosakah Aku turut dibintangi Normah Damanhuri sebagai  Nek Tijah, Qazem Nor (Zahid) dan Amanda Misbun (Nurhidayah). Garapan telefilem ini diolah sebaik mungkin supaya mesej keinsafan ingin disampaikan dapat dirasai penonton.

Bahkan, dimuatkan juga pelbagai babak menarik yang meruntun jiwa di mana ketika Haryani harus menjaga ibunya yang sakit. Bagaimanakah Haryani mahu menyebut perkataan ibu yang tak pernah memberikannya kasih sayang. Malah, mampukah dia  menyayangi Nuriah.

Jinggo berkata, sebagai pengarah menjadi cabaran besar untuknya merealisasikan skrip itu menjadi satu kisah yang menarik. Ditambah lagi, kejayaan telefilem Dunia Batinku yang pernah dihasilkan dulu turut mengundang harapan tinggi masyarakat.

Sehubungan itu, semestinya ia cabaran besar buat Jinggo untuk memastikan hasil karyanya berada di tahap yang baik.

Menurut Jinggo, JS Pictures adalah produksi yang tidak memandang keuntungan sebagai pulangan utama. Ini kerana, yang penting mesej dimuatkan.

Katanya, dia dan Sheila hanya menghasilkan dua atau tiga telefilem sepanjang tahun. Berbanding produksi lain, mungkin lebih daripada mereka. Apapun, bagi JS Pictures kualiti teras utama. Apa yang penting, ia memberi impak kepada masyarakat.  

"Kami hanya mahu penonton mendapatkan kisah yang mempunyai mesej kesedaran dan berkualiti. Sebagai insan seni, mungkin menghasilkan cerita seperti ini antara cara JS Pictures berdakwah. Mengenai rezeki, ia ketentuan Tuhan," kata Jinggo.


Borak Lokasi:
PRODUKSI: JS Pictures Sdn Bhd
IDEA ASAL: Mar Jlo
SKRIP: Rozie Rashid
PENERBIT: Sheila Rusly
PENERBIT EKSEKUTIF: Azman Yahya (Jinggo)
PENGARAH: Jinggo
PENOLONG PENGARAH : Hamdan Yassin (Den Danaden)
JURUKAMERA: Mohd Husin Ujang (Pak Hussein)
PENOLONG JURUKAMERA: Zakir Hanafi (Kay)
GRIP: Hairul Nizam (Put)
GAFFER: Yusri Ujang (Ucu)
PENATA BUNYI: Faizal Kasdan (Abang Kecik)
PENGURUS PRODUKSI (PM): Mohd Junid Itam Suliman
PENGURUS LOKASI: Megat Azhariko
JURUSOLEK: Zulkifli Zali (Jlo Touch)
PENOLONG JURUSOLEK: Saiful Anas Jamaluddin (Anas)
PENGARAH SENI: Ahmad Bazli Abd Manap
PROPMAN: Tatameme (Mie)
PENYEDIAAN MAKANAN/ MINUMAN: Azlan Che Lah (Lan Para)
JURUGEGAS: Azlan Shah Rahman (Lan Gigi)
PENGANGKUTAN: JS Picture Sdn Bhd
KATERING: Mar Caterer Resources
AGENSI PELAKON TAMBAHAN: Azlan Shah Talent Coordinator
PELAKON UTAMA: Sheila Rusly (Nuriah), Noorkhiriah (Haryani), Qazem Nor (Zahid), Amanda Misbun (Nurhidayah), Khairil Anwar (Zakaria) dan Normah Damanhuri (Nek Tijah)
PELAKON PEMBANTU: Anie Jaafar (Kak Milah), Azam Mohamed (Harun)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 12:08 PM | Show all posts
ak dh start bosan bile sheila asyik berlakon as heroin je dlm citer2 terbitn dier..xd prg len ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:22 PM | Show all posts
mcm familiar plot cerite ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 01:30 PM | Show all posts
whatever sheila is the best.... lakonan superb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 01:37 PM | Show all posts
khairiah selalu pegang watak
anak yang sememeh2
yang malang..
etc
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 03:32 PM | Show all posts
ermm cm best je cite nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2010 03:57 PM | Show all posts
cam bes..lagpun sheila belakon okla..ape2 watak jln....

kalau pakai pelakon len..tp kayu...baek xyah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:00 PM | Show all posts
sheila ley bwk watak jahat or baik...suke lakonan sheila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 08:14 PM | Show all posts
betul2...jadi baik pun boley..cam dalam masam manis ramadan ke ape cite tuh..mmg berlakon sggh..haha...beza die dlm ketuk2 ramadan dgn dlm cite tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 08:17 PM | Show all posts
nur khiriyah berlakon best.. idup je watak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:52 AM | Show all posts
khiriyah un best gak...kan die pnh dpt anugerah pelakon wanita terbaik or pelakon pembantu wanita terbaik..heee..lupe lak plak..anyway lakonan khiriyah mmg best bangat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 12:23 PM | Show all posts
dua-dua sheila n kiriah pelawak pompuan yang best
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 09:50 PM | Show all posts
mcm familiar je..
ada citer si NorKhiriah yg belakon mcm watak nie..
mak dia x bela dia sbb dia x cantik mcm kaka dia Lisawati dan Dira ABu Zahar ngan abg dia ZedZaidy.Last2 mak dia kusta ke apa..si khairiah ni jaga....

btw citer pasal ROGOL lagik...isk2,,,ss
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 01:26 AM | Show all posts
sedih.......lagi2 bila mak dia mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 10:21 AM | Show all posts
sedih citer nihlakonan khiriah and sheila mmg superb sgtt...waalupown loghat utara cam ader kekok sikit kat sesetengah pelakon....apepown drama nih mmg besttt...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 09:00 PM | Show all posts
citer ni best wei....
layan citer ni smpai meleleh airmata...
x tau nak kesian ke nak marah kat watak sheila rusli...
pelakon2 dia pun best....x mengada2 sangat...
i likee wtk dayah time dia menjawab kata2 ibunya masa dpt tau dia preggy...
cam betul2 jek....tipikal gadis belasan tahun yg degil...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2010 10:59 PM | Show all posts
best citer ni .Dah hampir abis ada twist pulak tentang watak ibu dia tu, sedih ajer.. i think sheila rusli punya lakonan best!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 11:25 PM | Show all posts
ending yg menyayat hati...dan yg penting, lain....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:40 AM | Show all posts
x sangka mak die mati lagu tuh
dayah tu kuat menipu padan muko:@ :@
bagus sungguh abg depa teros jd baik
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 09:44 AM | Show all posts
aku x tgkla ending die camane ek...??sape2 blh citer, aku tgk smpi Zahid g pukul Johari
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.511716 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list