View: 37025|Reply: 239
|
[R-TV] Raja Lawak 5 [Man Juara!]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 19-3-2011 18:36
Raja Lawak ke Kuching
Oleh Elrafaei Sapi
2010/09/22
PENCARIAN Raja Lawak bagi musim terbaru kini diteruskan lagi oleh Astro Prima.
Sehubungan itu, uji bakat akan diadakan bermula 2 Oktober ini di beberapa lokasi utama.
Apa yang menarik, buat pertama kali uji bakat akan diadakan di Kuching, Sarawak bagi memperluaskan pengaruh Raja Lawak.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berkata pemilihan Sarawak dibuat atas permintaan peminat di negeri itu yang turut meminati Raja Lawak.
"Kali ini, enam lokasi dipilih bermula Berjaya Megamall, Kuantan pada 2 & 3 Oktober, diikuti Prangin Mall, Pulau Pinang (9 & 10 Oktober), Centre Point, Kota Kinabalu (16 & 17 Oktober), Plaza Kotaraya, Johor Bahru (23 & 24 Oktober), Go Down Theatherette Kuching Waterfront (30 & 31 Oktober) dan The Mall, Kuala Lumpur (6 & 7 November).
"Berbanding lokasi di Shah Alam pada tahun lalu, kali ini kami mengadakan uji bakat terakhir di Kuala Lumpur (KL) yang menyediakan lokasi lebih besar.
"Dari pihak produksi, kami terus berusaha mencari peserta berbakat di pelbagai lokasi. Pemilihan lokasi ini dianggap tepat dan kami berharap dapat mencungkil bakat setanding di lokasi lain. Apa yang penting, kita mencari kualiti dan bukannya kuantiti," katanya.
Nizam berkata, format jenaka masih bebas tanpa mengira dialek atau topik tertentu. Syarat penyertaan terbuka pada mereka yang berusia 18 tahun ke atas yang memiliki bakat dan minat dalam lawak jenaka.
Pada sesi uji bakat, mereka dikehendaki membuat persembahan secara spontan yang boleh menarik perhatian juri dalam tempoh tiga minit.
"Buat masa ini senarai juri masih di peringkat perbincangan dan ia akan diumumkan pada saingan minggu pertama nanti," katanya.
Bagi hos Zizan yang kekal bersama Johan, bakat peserta bergantung kepada peluang masing-masing dalam menyerlah diri. "Ada peserta yang tidak menjadi juara tapi berpeluang untuk mengasah bakat menjadi terkenal. Sebagai pengacara, saya berterima kasih kepada Astro atas kepercayaan yang diberikan. Ini tetap menjadi tugas besar pada saya untuk mengendalikan program ini," katanya.
Mengikut pengalaman, Zizan menyatakan dia mengkaji watak yang ditawarkan sebelum setuju berlakon. Baginya, elemen komedi harus wujud pada situasi dan bukannya pada karakter semata-mata.
Produser Eksekutif, Nizam Hamid, pula berkata, penggunaan dialek berbeza tidak memberikan masalah untuk peserta mencuba nasib. Malah, pencarian bakat di Sarawak juga dijangka memberi saingan baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak sabo nak tgk RL5 nih. Haku tetap akan tgk juga. Kalau AF ke, Sehati Berdansa ke, Mari Menari ke, Kamilah Bintang ke, OIAM TV8 ke, Mentor ke jgn harap la haku tgk dan undi pakai SMS. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ko tgk ada perserta nama salimrock masuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# hayrin86
amboi...fanatik nmpk
aku nk undi yang dpt no 1 je...haha |
|
|
|
|
|
|
|
raja lawak 4 sapa ar juara?
tak poplar pun? |
|
|
|
|
|
|
|
raja lawak 4 sapa ar juara?
tak poplar pun?
salimrock Post at 24-9-2010 10:23
KECIK |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting jozan aderr....haku tgk rl nih powm pasal mereka berdua nih jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
JOZAN arap2 adala menonjol kali nie... |
|
|
|
|
|
|
|
RL 4 mmg tak menonjol langsung..juara RL 1 pun terawang2...yg masih bertahan..Zizan & Johan, Nabil, Sepah...yg lain ntah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk alex yg dr sabah tu ada bakat...tp knapa dia tidak poplar ar? |
|
|
|
|
|
|
|
Aflin Shauki tak jadi ketua juri lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sape juri kali ni?
harap2 jgn cam raja lawak 4 dah lerr
hambar...terlampau hambar sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
RL5: Penyertaan Perempuan Kurang Menyerlah!
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography
Kemampuan kumpulan Kechik menjuarai Raja Lawak musim ke-4 (RL) bersama Alex yang menduduki tempat ketiga mengukuhkan lagi semangat team produksi RL5 untuk meneruskan pencarian peserta baru RL5 yang akan diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu pada 16 dan 17 Oktober ini.
Malah, sambutan yang kurang memberangsangkan pada uji bakat tahun lalu di lokasi yang sama sedikit pun tidak mengugat kreadibiliti mereka untuk menyelongkar bakat melawak penduduk Sabah yang diyakini masih ada selain setanding kumpulan Kechik dan Alex.
Apapun, bagi mencapai matlatmat ini, produser RL5, Nizam Jamaludin berkata pihak mereka akan membawa Alex bersama sebagai daya penarik serta pemberi semangat kepada peserta yang ingin mencuba nasib di lokasi uji bakat ini.
"Pada mulanya, uji bakat di Kota Kinabalu sepatutnya diadakan di Centre Point, Kota Kinabalu. Bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan,kami terpaksa mengambil lokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu di One Borneo untuk uji bakat kali ini.
"Kami berharap, setiap peserta lebih bersedia dan bersedia ke uji bakat. Selling point kami cukup mudah, tahun lalu juara dan tempat ketiga datang dari tempat uji bakat ini, jadi tak salah kalau kami katakan, berkemungkinan besar ada lagi peserta yang berjaya ke peringkat final dari lokasi ini,"kata Nizam.
Meneruskan cerita, Nizam menyatakan sambutan uji bakat RL5 masih lagi sama tetapi ada sedikit perbezaan dari segi kualiti dan kuantiti.
"Situasi uji bakat kali ini masih lagi sama. Beza cuma di tempat tertentu saja. Masa uji bakat di Penang, sambutan masih lagi hangat seperti tahun sebelum ini. Namun, jumlah kualiti peserta yang layak sama saja seperti uji bakat di Kuantan.
"Ada juga peserta top 35 tahun lalu yang datang dan berjaya untuk ke uji bakat seterusnya di Kuala Lumpur. Namun, peserta perempuan masih belum ada dan kurang menyerlah. Mereka masih belum mampu menandingi kemampuan Jiehan dan Yann. Jadi, sukarlah untuk kami dapat peserta perempuan," ujarnya.
Menjelaskan tentang program, RL5 tidak lagi menampilkan Ceritera Raja Lawak kerana akan menukarkannya menjadi kapsul Raja Lawak yang disiarkan selama 5 minit setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 malam.
"Gelanggang Raja Lawak akan disiarkan secara langsung pada hari Jumaat. Kami tahun, jangka masa untuk kapsul memang terlalu pendek.Namun, kami mahu penonton excited dan tahun sikit-sikit apa yang berlaku seterusnya.
"Tentang juri pula, berkemungkinan besar kami akan menggunakan juri uji bakat. Namun, kami masih lagi mencari juri yang boleh menggantikan tempat arwah Din Beramboi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tak perlu disambung lagi RL ni sebab masa musim yg lepas pun dah seksa sangat nak mencari faktor2 lawak deorang tu.... jangan sampai orang fedup baru nak stop... jangan sampai jadi macam nasib Sinaran dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
astro dah x ada program lain yg nak di buat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
RL4 tu tak dah tak dgr citer...undi sbb kesian tgk umah diorg...
RL5 akan ku tgk jika jozan jd pengacara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Lawak musim 5 kembali
GELANGGANG Raja Lawak tahun ini dihadiri oleh peserta-peserta yang lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelum ini.
RAJA LAWAK, satu-satunya gelanggang bagi pelawak amatur menunjukkan bakat terpendam mereka. Kali ini, Raja Lawak telah muncul untuk musim kelima bertujuan mencari pelapis bakat lawak di Malaysia.
Sesi uji bakat Raja Lawak telah memulakan perjalanannya sejak 2 Oktober lalu pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan untuk musim kelima ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan peserta juga tampil lebih bersedia.
"Menariknya pada tahun ini, hendak jumpa peserta yang kaku dan terkedu setelah naik di atas pentas sangat susah. Kelihatan mereka sudah bersedia dari segi kandungan, props dan lain-lain.
"Mereka telah mula menganggap membuat lawak ini adalah perkara yang serius. Mereka juga semakin sedar bahawa membuat lawak bukan perkara mudah," tegas Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani tentang perkara ini.
Tanggal 6 November 2010, The Mall, Kuala Lumpur merupakan destinasi dan peluang terakhir bagi peserta yang ingin tonjolkan bakat. Juri yang mengendalikan sesi uji bakat Raja Lawak pada hari tersebut ialah Nizam sendiri dan juga personaliti terkenal, Afdlin Shauki.
Jika pada musim-musim sebelumnya, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi adalah salah seorang juri tetap gelanggang Raja Lawak.
Menurut Nizam, pada musim ini RL masih lagi belum membuat keputusan siapakah bakal juri yang akan mengendalikan gelanggang RL musim ini.
"Sama ada drastik atau tidak, perlu tunggu gelanggang yang pertama bermula. Juri-juri juga akan diperkenalkan pada hari tersebut dan masih lagi dengan menggunakan khidmat tiga orang juri profesional," ujar Nizam menjelaskan tentang juri Raja Lawak 5 yang akan bermula awal tahun depan.
Selaku juri pada sesi uji bakat Raja Lawak 5 ini, Afdlin akui dia berasa gembira kerana agak mudah bagi mereka menemui peserta yang benar-benar bagus berbanding tahun sebelumnya.
"Peserta kali ini ramai juga yang dapat membuat saya ketawa berbanding musim-musim lepas sehingga perlu tunggu lama untuk temui peserta yang benar-benar bagus," ujar Afdlin sambil tersenyum mengenangkan peserta yang telah mengusik hatinya semasa ujibakat dijalankan.
Sepanjang sesi ujibakat, Kuala Lumpur mempunyai peserta yang paling ramai, diikuti Johor dan Pulau Pinang. Gelanggang pertama Raja Lawak 5 akan menemui peminatnya pada 7 Januari 2011 di saluran Astro Prima.
"Para peserta akan dipilih melalui apa yang kami nampak, iaitu komited terhadap apa yang mereka lakukan.
"Apabila kita ada peserta sebegini, saya pasti jika kita panggil para profesional untuk memberi tunjuk ajar atau sebagainya, ia akan memudahkan kita untuk membantu mereka yang mahu dibantu.
"Selain itu, kita juga akan pastikan mereka berikan yang terbaik setiap minggu," ujar Nizam lagi. - NOOR ASHREEN ISMAIL |
|
|
|
|
|
|
|
Benarkah RL5 Ada Peserta Wanita?
KL, 17 DIS 2010: Teka-teki siapakah yang bakal menduduki kerusi panas juri tetap Raja Lawak 5 (RL5) masih belum terjawab. Malah, ketika ini Murai Batu difahamkan masih ramai yang tidak dapat mengagak siapakah yang akan memegang gelaran juri tetap RL5, sama ada Afdlin Shauki atau Adibah Noor. Semuanya masih belum menemui jawapan yang tepat.
Apapun, Murai Batu sudah mula keliru, apatah lagi selepas Afdlin dipilih sebagai salah seorang mentor untuk satu lagi program realiti TV Mentor 5. Untuk itu, mungkinkah Adibah yang akan bergelar juri RL5?
Apa yang penting sekarang, dalam sibuk memperkatakan persoalan sama ada Afdlin atau Adibah akan menjadi juri tetap, Murai Batu tiba-tiba terdetik adakah RL5 akan disertai peserta wanita?
Yelah, berdasarkan prestasi RL musim ketiga , program ini nampaknya mampu melahirkan 2 bakat wanita yang pandai berjenaka siapa lagi kalau bukan Jihan dan Yann. Syak wasangka Murai Batu ini disahkan lagi selepas difahamkan ketika sesi uji bakat di seluruh negara, ada beberapa peserta wanita yang berjaya dalam senarai pendek.
Takkanlah dari ramai peserta wanita itu, tiada seorang pun yang tersangkut?
Apa kes pun, jika benar ada peserta wanita, Murai Batu mengharap sangat peserta ini janglanlah meniru gaya Jihan atau pun Yann. Kita nak mencari originaliti bukannya klon.
Tak kisahlah ada atau tidak, apapun Murai Batu mengharap sangat agar RL5 lebih baik dari musim yang terdulu. Siapa tahu kalau benar ada peserta wanita, RL5 boleh catat sejarah pertama sebagaimana Akademi Fantasia 5 yang telah menyaksikan Mila Jirin sebagai juara wanita pertama AF. Cayalah Mila.
MURAI: Apa cerita kumpulan Kechik? |
|
|
|
|
|
|
|
David Teo, Sathia jadi juri Raja Lawak
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
2010/12/27
PROGRAM realiti komedi, Raja Lawak musim kelima kini bukan saja mampu menarik golongan tertentu saja menyaksikannya, malah semua peringkat usia, bangsa dan agama menggemarinya.
Produksi Raja Lawak baru saja selesai menjelajah sesi uji bakat di seluruh negara bagi mencari peserta bagi musim terbarunya. Siapa bakal terpilih untuk menyertai program itu akan diumumkan pada sidang media di Pasar Seni Kuala Lumpur, hari ini.
Sejak disiarkan pada 2005, penonton teruja untuk mengetahui siapa peserta bertanding, adakah mereka berbakat? Dan, mampukah bersaing dengan pelawak sedia ada yang bukan dilahirkan menerusi program realiti.
Ternyata memang tidak dinafikan Raja Lawak berjaya melahirkan bakat semula jadi. Jadi, kali ini produksi bukan saja menitikberatkan peserta malah pengacara menjadi taruhan mereka.
Bekas peserta musim pertama, Zizan dan Johan memiliki kelebihan dan keunikan bersesuaian dengan program ini. Mereka dipilih mengacara program Raja Lawak musim kedua. Gabungan mereka ternyata cukup kuat sehingga meningkatkan rating dan menjadi program yang mencatat rating tertinggi di Astro Prima.
Episod akhir Raja Lawak tahun lalu turut terpilih sebagai program komedi yang dicalonkan untuk bertanding di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada 9 Disember lalu.
Selepas peserta dan pengacara, produksi terus memikirkan aspek lain untuk menjadikan ia sebuah program yang lebih kuat, panel juri adalah sebahagian daripada misi menarik penonton.
Daripada enam lokasi uji bakat yang bermula 9 Oktober hingga 7 November lalu, lima juri dibawa mencari peserta terbaik, iaitu Afdlin Shauki, Sathia, Farouk Hussein, David Teo dan Os. Antara mereka ini, tiga akan menjadi juri tetap sepanjang berlangsungnya program ini nanti.
Namun siapakah yang bakal memegang tampuk juri tidak sama sekali akan diumumkan sebelum berlangsungnya episod pertama program ini pada 7 Januari depan.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, pihaknya sentiasa memikirkan apakah elemen yang menarik penonton untuk terus menyokong program itu.
“Memang media tertanya-tanya siapa juri yang akan menggantikan tempat arwah Din Beramboi. Itulah keistimewaannya apabila juri menjadi sebahagian daripada program ini.
Semua juri yang dibawa ke lokasi uji bakat adalah nama besar dan pengaruh mereka masih kuat hingga hari ini. Tidak dinafikan, juri turut menjadi tumpuan yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar bersama mereka,” katanya yang sukar untuk memilih juri berbanding peserta.
Bagaimanapun, Afdlin Shauki, David Teo dan Sathia akan dipilih sebagai juri tetap Raja Lawak musim kelima.
Kredibiliti tiga juri kali ini bukan saja mampu menarik perhatian penonton yang terdiri daripada khalayak Melayu, malah berusaha mendekatkan kaum lain seperti Cina dan India menonton program ini.
Sebagai pelakon dan pengarah, Afdlin ternyata memiliki kelebihan berhadapan dengan peserta yang bakal dibentuk. David Teo pula biarpun bukan berbakat sebagai pelakon komedi, namun karektor, air mukanya dan pertuturannya ketika berucap pada sesuatu acara mampu memberikan orang ramai tersenyum dengan kerana bercakap bahasa Melayu dengan pelat Cinanya. Sathia pula antara pelakon komedi dari kalangan India yang masih aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
omg david teo dgn sathia jadi juri
tak suka ar....
harap peserta kali ni lagi mantap drpd RL4... |
|
|
|
|
|
|
| |
|