View: 22671|Reply: 169
|
Ahirine Ahirudin Nafi Guna Kabel Bapa Untuk Jadi Glamour
[Copy link]
|
|
Umpama bayi yang baru dilahirkan, Ahirine ‘merangkak’ perlahan-lahan terlebih dahulu sebelum bertatih dan seterusnya berlari mengejar apa yang dia inginkan.
Bergelar anak kepada seorang pengamal media berpengaruh, Datuk Ahirudin Attan atau Rocky Bru bukanlah tiket untuk pendatang baharu ini mencipta nama dengan cara mudah.
Foto: IG
Begitu juga dalam mencari peluang dalam kerjayanya sebagai pelakon. Bermula dari bawah, Ahirine yang memulakan kerjayanya sebagai seorang pengacara kini perlahan-lahan mula menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila Ahirine yang sememangnya mengintai peluang untuk bergelar pelakon ditawarkan memegang watak besar dalam sebuah naskah.
Lebih bertuah, pucuk muda berusia 26 tahun itu terus diberi peluang beraksi sebagai heroin filem sekali gus menjadi taruhan pertamanya menerusi Gadis Jolobu The Movie.
“Memang saya teringin untuk menjadi pelakon. Sebelum ini saya bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pengacara.
“Tidak sangka peluang yang saya tunggu akhirnya tiba apabila ditawarkan untuk membintangi Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor,” katanya kepada Pose!
Membawakan watak sebagai gadis bernama Jijah, Ahirine mengakui filem Gadis Jolobu The Movie mempunyai cabaran tersendiri walaupun naskah tersebut bergenrekan komedi romantik.
Ujar Ahirine, sebagai gadis kota, dia perlu menguasai teknik pertuturan dalam dialek Negeri Sembilan kerana filem tersebut menuntutnya untuk bercakap dalam dialek berkenaan.
“Saya faham dan boleh bertutur sikit dalam dialek Negeri Sembilan memandangkan ayah saya berasal dari Lubok Cina, Melaka yang rata-rata bercakap dalam dialek tersebut.
“Jadi untuk memantapkan lagi penguasaan dialek Negeri Sembilan, ayah mencadangkan saya supaya tinggal di kampung selama sebulan untuk memantapkan lagi pertuturan.
“Lagi pun kampung ayah terletak bersebelahan dengan lokasi yang menjadi penggambaran filem iaitu Kampung Lonek di Negeri Sembilan,” katanya.
Ketika disoal tentang sokongan keluarga, Ahirine memberitahu dia sentiasa diberikan sokongan terutama oleh bapanya untuk menceburi apa jua bidang termasuk sebagai pelakon.
“Alhamdulillah keluarga sentiasa memberi galakan terutama bapa kerana dia tahu minat saya dalam bidang seni terutama berlakon,” jelasnya.
Biarpun sudah bergelar pelakon, pemilik Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu masih aktif menulis secara sambilan untuk sebuah portal automotif.
Sedar dirinya masih hijau dalam bidang lakonan, Ahirine berkata masih banyak lagi ilmu yang harus dia pelajari untuk bergelar seorang pelakon yang baik dan tidak akan pernah mengalah untuk menuntut ilmu dalam bidang seni lakon.
“Masih banyak aspek lakonan yang perlu saya perbaiki terutama ekspresi muka memandangkan sebelum ini saya banyak bekerja di belakang tabir,” katanya.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
X bleh nak hadam movie hattan jd hero |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya kabel dia pun xkenal sapo?
Heroin dah ok, tang hero.. alahai lomah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 9-8-2022 01:12 PM
Masalahnya kabel dia pun xkenal sapo?
Heroin dah ok, tang hero.. alahai lomah..
Tu lah baru nk ckp bnda sama.. sapekah kabel dia tu? Pengamal media? |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan astro 801 dulu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 9-8-2022 01:22 PM
Tu lah baru nk ckp bnda sama.. sapekah kabel dia tu? Pengamal media?
Apak dia. Rocky Bru.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Engkorang ni kan, kalau dah kau anak si polan si polan, tak payah keluar statement tak pakai kabel. duduk diam je, toksah la keluar statement gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak la kena mention gak...kang lagi payah nak naik sebab x de org kenal. at least klu sebut siapa bapak dia ada la org kenal. padahal nan ado
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa hero tahap tua ganyut? Ni offense untuk toktan tapi tu lahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
lawa la dia ni. tapi tu la. hero tua ada orang nak tengok ke |
|
|
|
|
|
|
|
Rocky bru n engku emran bff kan..selalu cycle together. Diaorang ni hidup senang tapi tak tau kerja apa. Blog pun tak aktif sgt |
|
|
|
|
|
|
|
haramjaddah sungguh
entah apalah sumbangan dia terhadap agama
|
|
|
|
|
|
|
|
ya ampunnn..sapa ni? bapak dia pun aku tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
"Lebih bertuah, PUCUK MUDA berusia 26 tahun itu terus diberi peluang beraksi sebagai heroin filem sekali gus menjadi taruhan pertamanya menerusi Gadis Jolobu The Movie."
motif wartawan ni labelkan budak ni PUCUK MUDA? Tu kan merujuk lelaki muda yg kahwin perempuan tua.
Jauh sangat ke belakangnya kelas budak2 reporter ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_sakura replied at 9-8-2022 05:29 AM
Apak dia. Rocky Bru.
Laaaa dia ni ka rupanya Rocky Bru. Ingatkan Cina. |
|
|
|
|
|
|
|
Rocky Bru meolls tak kenal tapi Rocky Din meolls kenal. Cuolls kenal ke tak Rocky Din? Pi la gugel |
|
|
|
|
|
|
|
cantik dia ni. tinggi ada, body ada. muka pun lawa. boleh pergi jauh asalkan ada bakat |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya..org lain berherokan aiman, merqeen, hun hakim..dia berherokan hattan je..jenuh nk habiskan 1 movie tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sapo abah kau dagho oiii... Den tak kona ponnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|